Categories: HiburanTrending

Selepas 7 Tahun Berkahwin, Nad Zainal Sah Bercerai

Selepas tujuh tahun berkahwin, dramatis Nad Zainal, 32, berpisah dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin, 34.

Mengakui ikatan pernikahan mereka menemui titik noktah, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin enggan mendedahkan tarikh perpisahan mereka.

“Iya, kami sudah bercerai, baru-baru ini. Keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat.

“Kami masih berkawan baik demi anak-anak,” katanya.

Memetik laporan BH Online, Nad juga enggan memberikan komen lanjut mengenai punca perceraian.

“Cukup dikongsi status terkini. Saya perlu menjelaskannya agar tidak mengundang fitnah.

“Apa yang lebih utama, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua cahaya mata serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal,” katanya.

Nad dan Faliq bernikah pada 18 Disember 2015 dan perkahwinan mereka dihiasi dengan kehadiran dua anak, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1.

Padin