20 Tahun Perbezaan Umur, Sharifah Sakinah Akui Sedang Dekati Jejaka Berpengaruh Besar – “Perkara Ni Mungkin Akan Impact Career Dia…”

Pelakon Sharifah Sakinah memberitahu dirinya kini sedang selesa berteman rapat dengan seseorang.

Memetik laporan OhBulan, Sakinah mengatakan jejaka itu merupakan warganegara asing yang mempunyai pengaruh besar dan 20 tahun lebih berusia daripadanya.

“He is someone, kalau saya beritahu perkara ni it might impact his career,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu melabelkan hubungannya sebagai teman istimewa kerana status itu tidak melambangkan apa-apa.

“Sebab tu saya tak label dia sebagai boyfriend. When you have love towards someone there’s no boundaries. I just love him, I just love to be with him and comfortable with him it does not mean anything to me as status.

“Bagi saya when we are selesa dengan seseorang itu bermakna orang itu mempunyai hati yang sangat baik,” ujarnya.

Sementara itu, adik kepada pengacara Sharifah Shahirah ini belajar untuk menyayangi diri sendiri terlebih dahulu berdasarkan pengalaman hubungan percintaannya yang dulu.

“Love distance kan contoh kalau one day ‘kantoi’ dia ada perempuan lain, bye bye lah. Sebab tu saya cakap jangan attach always detach. Always love yourself first.

“That’s why I am so in love and very happy walaupun long distance because the connection is very strong jadi kita tak ada doubt atau sangsi.

“Those kind of doubt yang bagi so much toxic into the relationship. So my past relationship it gives me lesson to my current relationship,” ujarnya.

Maya Basir