Black Hanifah Takkan Menduakan Isteri – “Jangan Sesekali Datang, Aku Tendang!”

Isteri kepada penyanyi Black Hanifah iaitu Cira Khairy memberitahu turut terkesan dan timbul kebimbangan berhubung isu Abang Tesla kahwin dua.

Memetik laporan mStar, meskipun begitu, Cira masih memberikan kepercayaan penuh kepada suami dan tidak menyekat untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa.

“Bila lihat isu Abang Tesla ni memang la risau malah ada sesetengah orang kata tak perlu sebab Black ni tak kacak tapi ada juga yang taste dekat dia ya.

“Alhamdulillah buat masa ni memang tak ada yang ganggu suami saya cumanya kalau boleh elakkan perkara itu berlaku kepada keluarga kami.

“Selagi saya percaya dia semuanya baik-baik saja, lagipun saya benarkan dia lakukan apa saja sebab dia seorang yang family man sebab tu Alhamdulillah saya tak risau,” kata Cira.

Sementara itu, Black berkata dia sama sekali tidak akan menduakan isterinya kerana wanita itu yang ada sewaktu dirinya susah dan senang.

“Penat lelah kita bersama sampai hari ini, saya kena fikir panjang kalau nak rosakkan hubungan ini.

“Takkan (curang). Jangan sesekali korang (perosak rumah tangga) datang, akan aku tendang,” ujarnya.

Untuk rekod, Black dan Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.

Maya Basir