Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 29, 2022 @ 8:50pm

Shuk Sahar Akui Tiada Tawaran Kerja, Syak Nama Di Gam Stesen TV

Terpalit dengan pelbagai siri kontroversi melibatkan rumah tangganya, pelawak dan pengacara, Shuk Sahar mengakui namanya kini telah di ‘gam’ oleh pihak stesen televisyen.

Justeru itu, beliau berharap sekiranya dakwaan tersebut adalah benar, maka beliau berharap agar mana-mana pihak stesen televisyen berkenaan tampil membuat kenyataan rasmi mengenainya.

Memetik laporan Mstar, Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, berbuat demikian untuk mengetahui jangka masa atau tempoh namanya itu disenarai hitamkan.

“Sebenarnya ada beberapa kali saya dah lock job tapi bila mula shooting sahaja tiba-tiba stesen TV tak lulus. Saya sendiri tak faham, adakah saya betul-betul kena banned?

“Sebab tak ada kenyataan atau surat. Kalau betul-betul saya kena ‘banned’, tolonglah bagi surat atau beritahu tempoh masa. Supaya saya dapat atur kehidupan.

“Katakan saya kena banned enam bulan, jadi saya ada masa itu untuk aturkan kehidupan saya macam mana. Saya ada tanya produksi tapi mereka pun tak beri jawapan,” katanya.

Terdahulu, bekas pengacara I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) ini mengakui sedih kerana terpaksa menjual rumah pertamanya dengan harga RM1.2 juta untuk meneruskan kelangsungan hidup.

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Tangga Masih Tergantung, Shuk Sahar Jawab Dakwaan Berkahwin Lagi – “Doakan Yang Terbaik..”

ARTIKEL BERKAITAN:Dihenyak Netizen Akibat Isu Curang Tak Padan Dengan Muka, Shuk Sahar Akhirnya Bersuara – “Ramai Tak Faham Struggle..”

ARTIKEL BERKAITAN:“Karma Is Real! Isteri & Anak Tu Kan Pembawa Rezeki, Tapi…” – Ini Pesanan Netizen Bila Shuk Sahar Jual Rumah Untuk Tampung Kehidupan

ARTIKEL BERKAITAN: Diaib Bekas Kekasih, Video Separuh B*g*l Tular – Shuk Sahar Bakal Fail Saman Fitnah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Apr 2023
Trending Tue, 3 Dec 2019

How Many Eggs Can I Eat In A Day? Will Eating Two Gives Me Cholesterol?

Some cook them, some consume it raw. Eggs are good source of healthy protein, but are they really?

Hiburan Tue, 18 Nov 2025

Tabby Dolla Mohon Jangan Kaitkan Selebriti Lain Isu Berpakaian Seksi Dalam MV

Tabby memohon peminat untuk tidak mengaitkan isu tersebut bersama selebriti lain

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

‘Please…Not Now’ – Ezlynn

Ezlynn nak ‘rehat’?

Trending Mon, 2 Mar 2020

“Semoga Dengan Lagu Ini Kita Bisa Menghargai Waktu Bersama Pasangan”- BCL Luah Perasaan Sayu Di Konsert Ronan Keating

Bunga Citra Lestari kembali beraksi di pentas buat kali kedua selepas hampir seminggu kehilangan sang suami. Terbaru, penyanyi itu tampil menjadi artis jemputan istimewa di Konsert Ronan Keating, BCL sempat mendedangkan beberapa lagu hitsnya seperti […]

Featured Thu, 8 Dec 2022

[VIDEO] Haqiem Rusli Kena Beguk, Isteri Minta Tips Redakan

Alamak, sakitnya kena beguk! Get well soon Haqiem!

error: Content is protected !!