Hiburan By: Padin April 1, 2022 @ 5:15pm

Strim Secara Langsung Anugerah Tahunan Grammy Ke-64 Di tonton & Siaran Tertunda Di 8TV

Strim secara langsung anugerah muzik paling berprestij, Anugerah Grammy Ke-64 secara HD dari MGM Grand Garden Arena, Las Vegas, pada 4 April 2022, pukul 8.00 pagi di tonton, www.tonton.com.my!

Dihoskan oleh Trevor Noah daripada “The Daily Show”, tahun ini penonton akan menyaksikan persembahan oleh pelbagai artis yang tercalon dalam anugerah ini antaranya BTS, Brandi Carlile, Billie Eilish, Lil Nas X bersama Jack Harlow, dan Olivia Rodrigo.

Pernah memenangi 12 Anugerah Grammy, Foo Fighters tahun ini tercalon dalam 3 kategori iaitu Best Rock Performance (“Making A Fire”), Best Rock Song (“Waiting On A War”), dan Best Rock Album (Medicine At Midnight).

Sementara itu, BTS tercalon dalam kategori Best Pop Duo/Group Performance untuk lagu “Butter” bersaing dengan Tony Bennett & Lady Gaga (“I Get A Kick Out Of You”), Justin Bieber & Benny Blanco (“Lonely), Coldplay (“Higher Power”), dan Doja Cat Featuring SZA (“Kiss Me More”).

H.E.R. yang pernah memenangi 4 kali Anugerah Grammy sebelum ini, tercalon juga dalam 8 kategori untuk tahun ini menerusi Album Of The Year (Back Of My Mind), Song Of The Year (“Fight For You”), Best R&B Performance (“Damage”), Best Traditional R&B Performance (“Fight For You”), Best R&B Song (“Damage”), Best R&B Album (Back Of My Mind), Best Contemporary Christian Music Performance/Song (“Hold Us Together (Hope Mix)”) bersama Tauren Wells, dan Best Song Written For Visual Media (“Fight For You [From Judas And The Black Messiah]”).

Jangan lupa janji temu anda untuk menyaksikan Anugerah Grammy Ke-64 secara HD LIVE pada 4 April menerusi www.tonton.com.my pada pukul 8.00 pagi dan siaran tertunda di 8TV pada pukul 1.00 tengah hari!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Wed, 16 May 2018

#xtra好康头 | 送你《娱协30》颁奖典礼入门票

[xtra好康头] 配合《娱协30》颁奖典礼将于2018年5月26日(星期六),晚上7时,在Sunway Pyramid Convention Center举行,xtra将送你入门票,赴一场属于本地的中文音乐盛宴。

Acara Thu, 1 Feb 2024

Jom Temui Finalis AJL38 ‘Meet & Greet Paling Ikonik’ Di Pasar Seni, 4 Februari Ini!

Jangan lupa temujanji dengan finalis kesayangan AJL38 korang Ahad ni!

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Events Fri, 26 Apr 2019

Ingin Menjadi Bintang? Serlahkan Bakat Di Nova Academy

Jadikan impian korang satu kenyataan!

Trending Thu, 4 Feb 2021

BPN 1.0 & BPN 2.0 Ringankan Beban Rakyat

Semoga segala bantuan yang diberikan kerajaan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya…

Hiburan Fri, 19 Apr 2019
Hiburan Sun, 17 Mar 2019
Featured Mon, 17 Oct 2022

Konsert Gigi Nakal Sama Dengan Tarikh PRU15?

Mesti dah tak sabar kan peminat Gigi semua? PRU15 pun nak dekat dah?