“Suami Anda Bukan ‘Taste’ Saya” – Gara-Gara Balas Mesej, Siti Elizad Jawab Tuduhan Kacau Suami Orang

Pelakon Siti Elizad menolak dakwaan yang mengatakan dia menganggu suami orang gara-gara membalas mesej atau ‘Direct Message’.

Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Elizad memberitahu dia akan membalas semua komen mahupun mesej sebagai tanda menghargai peminat.

“Saya memang akan membalas komen-komen peminat dengan simple.

“Kalau ada 20 komen, semuanya saya akan beri emoji love. Saya pun tak tahu lelaki atau perempuan sebab ramai, sekali kena pulak lelaki orang. Sampai isteri dia pulak mesej saya marah-marah.

“Kalaulah ada suami orang bercakap dengan saya, takkanlah saya tak membalas. Janganlah guna perkataan yang kasar,” jelasnya.

Elizad juga memberitahu wanita terbabit sebenarnya bukan membalas komen dengan suami wanita itu sahaja malah membalas komen semua peminatnya.

Disoal mengenai kata-kata negatif yang diterimanya gara-gara isu berkenaan, pelakon itu mengambil pendirian untuk tidak ambil kisah dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan.

“Banyak je tuduhan yang saya terima. Saya tidak kisah atau ambil peduli pun sebab saya 24 jam bersama suami.

“Saya ni bukan nak bergaduh, kalau dulu belum berhijab saya dah tarik-tarik rambut kau. Tapi sekarang tidaklah.

“Jangan risau kakak-kakak diluar sana, suami anda bukan ‘taste’ saya, saya takkan kacau, Insya-Allah. Bibit-bibit cinta bersama suami saya masih ada walaupun belum dikurniakan zuriat.

“Saya ni hanya menghormati orang luar, maksudnya saya menghargai lebih-lebih lagi kalau ada orang beri hadiah,” ujarnya berseloroh.

Sumber: YouTube TV3MALAYSIA Official

Khairil Khusyairi