“Suami Awak Voice Note Saya, Baik Check Call Log Dia,” – Puteri Sarah Usik Fake Akaun Dipercayai Milik Ira Kazar?

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana mengusik satu fake akaun yang menganggunya ketika membuat siaran langsung di platform TikTok.

Menerusi video tular tersebut, individu menggunakan fake akaun berkenaan bertanya kepada Puteri Sarah sekiranya bekas suaminya, Syamsul Yusof melaburkan modal modal perniagaan yang dijalankannya bersama aktor Indonesia, Andi Arsyil.

“Model meniaga dari mana? Sol (Syamsul) yang bagi ke?,” soal individu berkenaan.

“Hello, of course tidak. Saya rasa semua akaun palsu ni dia turn on notifikasi. Jadi, setiap kali Sarah live, dia akan cepat-cepat masuk,” ujarnya berseloroh.

Tidak henti disitu, Puteri Sarah sempat mendedahkan Syamsul ada memaklumkan kepadanya dia kini berada di set penggambaran untuk babak waktu malam.

Dalam masa yang sama, aktres drama rantaian Suri Hati itu juga sempat memberi pesanan kepada fake akaun yang dipercayai bekas madunya, Ira Kazar untuk memeriksa call log.

“Oh ya lupa, tadi orang tu (Syamsul) ada bagi tahu dia shooting malam ini. Jadi sebab Syamsul tak da kat rumah kan, dia kacau Puteri Sarah.

“Tapi tadi suami awak voice note saya, jangan marah ya.

“Saya rasa lebih baik awak check phone dia, sebab dekat call log tu banyak nombor telefon saya. Saya tak tahu dia letak nama saya apa, tak mungkin dia letak nama Puteri Sarah kan?,” usiknya seraya ketawa.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, video siaran langsung yang disunting itu telahpun dipadam.

Sebelum ini, nama bekas madunya, Ira Kazar menjadi buah mulut ramai selepas menafikan dia memiliki akaun palsu yang telah mengganggu Puteri Sarah selama ini.

Artikel Berkaitan: “Dekat Mananya Aku Buat Fake Account?” – Hanya Ada Satu Telefon, Ira Kazar Nafi Miliki Akaun Palsu!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Ugutan Bunuh Gara-Gara Live Dengan Ira Kazar, Isteri Azlan Komeng Buat Laporan Polis – “Aku Tak Backup Dia…”

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Rumah tangga mereka bagaimanapun terlerai dengan talak satu pada 14 Jun lalu.

Manakala, Syamsul dan Ira Kazar sah berkahwin di Thailand pada 6 Januari lalu.

Aqilah Paharuzi