Categories: SelebritiTrending

“Lelaki Yang Angkat Tangan Pada Wanita Itu Lemah!” – Lufya Omar

Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar meninggalkan komen dengan menyatakan bahawa lelaki yang ringan tangan memukul wanita adalah lemah.

Lufya meninggalkan komen sedemikian pada sebuah video yang dimuat naik portal hiburan yang memaparkan pelakon Hafidz Roshdi hadir ke mahkamah bagi sebutan semula kes yang mendakwanya memukul bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri hingga cedera.

Bukan itu sahaja, Lufya juga mengingatkan bahawa tugas sebagai seorang suami adalah untuk melindungi, mendidik dan memberi kepada isteri.

“Lelaki yang angkat tangan kepada perempuan itu lemah! Lemah selemah lemahnya…

“Tugas anda untuk melindungi wanita, mendidik dan provide (isteri). Melainkan parut kat muka bekas tu disebabkan terlanggar dinding then its ok… pfftt,” tulisnya.

Malah, rata-rata warganet turut bersetuju dengan kenyataan Lufya itu dan mendoakan keadilan dapat ditegakkan.

Untuk makluman, Hafidz hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Baru bagi perbicaraan semula kes mencederakan Shuhada pada pagi Rabu.

Artikel Berkaitan: “Saya Tuntut RM1 Juta Sebab…” – Lufya Omar Mahu Tebus Maruah & Masa Depan Anak

Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Dedah Derita Penyakit Bipolar, Kena Makan Ubat & Terima Rawatan Sejak 3 Tahun Lalu?

Artikel Berkaitan: 2 Tahun Tunggu Tuntutan Hak Anak Selesai, Lufya Omar Dedah Dianiaya Peguam & Bekas Suami Culas Beri Nafkah! – “RM300-RM500 Tak Relevan”

Artikel Berkaitan: Lufya Omar Bagi Amaran Nak Dedah Video Bekas Suami, Minta Julia Farhana Berhenti Guna Nama Anak… Beri Masa 24 Jam Buat Permohonan Maaf!

Atiqah Johari