Susukan Anak Walaupun Sedang Bekerja, Peminat Puji Siti Nurhaliza

Menerusi muat naik penyanyi nombor satu negara ini dilaman instagram beliau, Datuk Siti Nurhaliza kelihatan tidak pernah melupakan tanggungjawab beliau sebagai seorang ibu kepada puteri kesayangannya, Siti Aafiyah.

Gambar yang melihatkan Siti sefang menyusukan anaknya itu ketika sedang mengadakan latihan menyanyi mendapat perhatian dan pujian peminat-peminat beliau.

 

Menurut Datuk Siti, itu adalah salah satu pengorbanan yang tak ternilai buat ibu kepada anaknya. Dan, Siti juga memberitahu bahawa ini adalah kali kedua belaiu membawa Aafiyah keluar kerana terlibat dengan urusan kerja.

Sumber : Instagram @ctdk

Sumber : Instagram @ctdk

Dan, sikap Datuk Siti Nurhaliza yang sentiasa komited dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi nombor satu negara tidak membataskan beliau melakukan tugas-tugas sebagai seorang ibu yang baik buat Siti Aafiyah, Si Comel Pipi Merah. Lantas, sikap itu mendapat pujian ramai pihak bukan sahaja peminatnya tetapi ibu-ibu diluar sana.

Salma Syahbuddin