Penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini kini dilaporkan hamil anak pertama.

Berita kehamilan Syahrini bertiup kencang apabila suaminya, Reino Barack memanggilnya dengan panggilan ‘ibunda’ di majlis ulang tahun isteri kesayangannya, baru-baru ini.

Dalam ucapan itu sempena hari jadi yang ke 37 tahun, Reino mendoakan agar isterinya menjadi ibu yang baik suatu hari nanti.

Mendengar ucapan itu, rata-rata tetamu ‘meneka’ bahawa penyanyi kesayangan ramai itu kini hamil anak sulung,

“Yang kedua atau yang ketiga kalinya, Selamat Ulang tahun sayangku. Semoga tahun ini menjadi tahun yang penuh kebahagiaan, penuh kesehatan terutama dan penuh dengan momen-momen yang sangat indah di dalam keluarga kecil ini.  

“Insya Allah menjadi belahan jiwa aku hingga maut memisahkan. Dan juga menjadi IBUNDA yang baik, yang dapat membesarkan anak kita nanti suatu hari untuk menjadi anak yang shaleh dan shalehah, patuh kepada orangtuanya, yang beriman dan juga yang akan hidup dalam ajaran islam yang baik,”ucapnya.

Pasangan ini disatukan pada 27 Februari lalu di Masjid Tokyo Camii, Tokyo.

 

SGMS Faida