Tahniah! Zizie Ezette Hamil Lagi

Alhamdulillah… Tahniah buat pelakon Zizie Ezette yang bakal menimang cahaya mata baru tak lama lagi.

Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagramnya, hari ini.

“Gambar keempat akan mengejutkan anda! #stpetersburg #russia #summereurope2018 #threemonthspregnant,” tulisnya di Instagram.

Pelakon berusia 39 tahun ini melahirkan bayi kembar pada Disember 2017 menerusi pembedahan.

Bayi kembar comel pasangan ideal ini diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.

Zizie turut memiliki dua anak angkat Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.

SGMS Faida