“Tak Kisah Dikritik Terpaling Bapa, Konon Nak Rebut Awak” – Fizi Ali Titip Ucapan Untuk Ameena Sofia

Luahan hati penyampai radio, Fizi Ali kepada puteri tunggalnya, Ameena Sofia sempena ulang tahun anaknya itu telah mengundang sebak ramai pihak.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fizi berjanji akan memberikan kebahagiaan buat Ameena meskipun tidak dapat berada di sampingnya setiap masa.

Dalam hantaran itu, Fizi memuat naik video-video manis dia membesarkan Ameena semenjak kecil sebagai satu kenangan untuk ditonton semula suatu hari nanti.

“Untuk anakku Ameena Sofia… betul kita tak banyak masa bersama.. Daddy tak dapat bagi 100 peratus masa daddy dengan awak.

“Daddy tak dapat bagi macam ayah orang lain boleh bagi dekat anak mereka.

“Tapi daddy janji, setiap kali kita jumpa daddy akan buat awak manusia paling bahagia dalam dunia..

‘Insya-Allah, daddy akan buat yang terbaik untuk awak,” tulisnya.

Sementara itu, Fizi tidak terkesan sekiranya netizen mengkritiknya cuba merampas Ameena daripada bekas isterinya, selebriti Shakilla Khoriri.

“Mungkin ada mulut-mulut akan cakap daddy ni terpaling bapak la, terpaling konon nak rebut awak lah.. daddy tak kisah

“Janji kalau satu hari nanti daddy dah tak ada, daddy harap awak tengok balik semua video-video ni.. khas untuk awak sayang..

“Daddy sayang awak.. kami semua sayang awak.. Selamat hari jadi sayang, nanti jumpa kita celebrate ya,” tambahnya.

Dalam kes hadanah sebelum ini, atas persetujuan kedua-dua belah pihak, Shakilla membenarkan Fizi untuk berjumpa Ameena selama empat hari.

Sekadar info, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018 dan berpisah pada Disember 2021.

Fizi berkahwin kali kedua dengan pilihan hatinya, Siti Zulaikha pada 23 Oktober tahun lalu.

Manakala Shakilla juga selamat bernikah bersama Fariz Zulkepley pada 24 Februari lalu.

Artikel Berkaitan: Selepas 3 Bulan, Fizi Ali Akhirnya Dapat Jumpa Anak -“Terima Kasih Kepada Peguam Dapatkan Kembali Ameena”

Artikel Berkaitan: “Jangan Paksa Saya Spill The Tea” – Dikaitkan Semula Dengan Dakwaan ‘Menyondol’ Suami Orang, Ini Respons Shakilla Khoriri

Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Rasa Maruah Dipijak! Mohon Fizi Ali Berhenti ‘Claim’ Isu Larikan Anak – “Daddy Ameena, Rumah Saya Sentiasa Terbuka Untuk Awak Datang Berjumpa Anak”

Aqilah Paharuzi