Tegas Sambil Pegang Rotan, Aksi Johan Ajar Anak Mengaji Undang Pelbagai Respons Netizen! – “Teringat Masa Kecil-kecil Dulu”

Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Johan mengundang pelbagai reaksi netizen selepas isterinya, Ozlynn memuat naik video suaminya yang sedang mengajar anak mengaji.

Menerusi perkongsian di Instagram, Johan kelihatan sangat tegas dalam memperbaiki bacaan anak perempuannya, Chantiq dan Moleiq sambil memegang rotan.

“Nampak macam bestkan? Bila post gambar or video papa ajar ngaji. Semua sibuk nak hantar anak kat papa untuk ajar ngaji.

“Siap ada yang offer diri juga yang tua pun nak ngaji tapi nak papa ajar. Huhu berani ke? Tengok la dan teliti la setiap video dalam ni semua okay,” tulisnya.

Menurut Ozlynn, dia tidak menafikan bahawa suaminya sangat tegas dan teliti dalam hal mengaji dan harfiah yang diajarnya.

“Sebagai seorang isteri yang selalu diajar juga.. sangat enjoy tapi papa tegas nak mampuiihhh, atuttttt kalau bab ngaji or harfiah dia ajar. Takde nego yek. Rotan tetap kat tangan,” kata Ozlynn.

Hasil tinjauan dari ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji pelawak itu mengajar anak-anaknya mengaji sehinggakan ada yang terimbau kenangan lama.

Namun, ada juga yang kurang senang dengan ketegasan Johan dan menganggap perbuatan itu boleh menyebabkan trauma dan tidak sesuai kepada kanak-kanak.

Fatin Nurain