Categories: HiburanSelebriti

Terima Banyak Tawaran Lakonan, Khairy Jamaluddin Akui Risau Nak Berlakon Gara-Gara…

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ memberitahu menerima banyak tawaran berlakon.

Menerusi perkongsiannya di siaran langsung TikTok, dia sudah menerima beberapa skrip lakonan dan sedang mempertimbangkannya.

Malah, ramai pengikut yang memberi cadangan tentang watak yang sesuai untuk dilakonkan oleh KJ.

“Saya nak berlakon dalam feature filem yang mana dimainkan di pawagam. So, sekarang ni saya dah terima beberapa skrip sebab bila saya sebut saya nak berlakon, ramai producer hantar skrip.

“Jadi saya tengah tapis skrip-skrip ni tengok mana yang sesuai untuk saya,” ujarnya.

Pada masa sama, dia menyatakan rasa bimbang sekiranya babak-babak filem yang dilakonkan bakal digunakan terhadapnya apabila dia kembali berkhidmat di dalam dunia politik.

“Tapi tak nak pula filem ni nanti digunakan semasa saya nak kembali ke politik. Diambil scene-scene daripada filem tersebut dan gunakan dalam propaganda nanti,” katanya.

Sebelum ini, KJ pernah membawa watak sebagai kameo di dalam beberapa filem pendek antaranya Inspektor Mastura.

Maya Basir