Terima Ijazah Kedoktoran Ph.D Di Luar Negara, Tahniah Buat Fitri Haris!

Baru-baru ini, bekas penyanyi nasyid kumpulan UNIC, Fitri Haris telah menerima Ijazah Kedoktoran Ph.D di University Of Nottingham, United Kingdom pada 10 Disember lalu. Wah, hebatnya Fitri!

Khabar gembira itu dikongsi oleh Fitri Haris menerusi laman media sosial Instagram miliknya semalam.

“Alhamdulillah syukur ya Allah! Selesai majlis graduasi saya di University of Nottingham, UK  secara rasminya di anugerahkan Ijazah Kedoktoran Ph.D pada 10 hb Disember 2019. Setelah 4 tahun suka duka jatuh bangun. Terima kasih Allah,” ujar Fitri.

 

Netizen dan juga beberapa rakan artis lain seperti Hafiz Hamidun, Haiza Hanafi, Oki Setiana Dewi dan PU Amin dilihat membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah atas kejayaannya.
Sekali lagi, sekalung tahniah Xtra ucapkan buat Dr. Fitri!
Syafiqa Irdina