“Terima Kasih Datuk Fizz Fairuz Bawa Saya Ke Malaysia” – Mimi Peri Teruja Lihat KLCC, Syukur Impian Berlakon Filem Tercapai!

“Seronok sangat diberi peluang ke luar negara, terima kasih Datuk Fizz Fairuz,”

Demikian respons pempengaruh terkenal Indonesia, Mimi Peri yang sebak apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia untuk mempromosikan filem lakonannya, Mat Tudung Begins arahan pelakon, Datuk Fizz Fairuz.

Impiannya untuk menyaksikan Menara Berkembar Petronas KLCC tercapai selepas, Fizz Fairuz membawanya berkunjung ke Malaysia.

“Saya paling teruja melihat menara berkembar (KLCC), selama ini cuma menonton di TV dan media. Kali ini saya betul-betul datang dan berfoto di situ terus viral. Saya rasa seronok sangat ke luar negara.

“Dah lama teringin nak tengok KLCC, saya tak pernah ke Malaysia. Ini pertama kali. Alhamdulillah, saya ingin berterima kasih kepada Datuk Fizz Fairuz kerana membawa saya ke sini.

“Saya tidak pernah memiliki pasport, tak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan saya apabila diterbangkan ke Kuala Lumpur.

“Saya tidak boleh tidur lena selama sebulan kerana memikirkan bagaimana penerimaan orang Malaysia. Saya pula tidak pernah ke luar negara,” katanya.

Dalam masa yang sama, Mimi yang popular menerusi tagline ‘Sahur… Sahur’ terkejut apabila ramai menyerbunya ketika berada di KLCC dan sekitar pusat membeli-belah itu.

“Di serbu ketika berada di mall, saya terkejut apabila ramai yang mengenali saya sebab saya tidak pernah kemana-mana selama ini hanya di media sosial saja. Ternyata, ramai yang mengenali saya di Malaysia,” turutnya.

Sementara itu, Mimi tidak menyangka salah satu impian dan cita-citanya untuk berlakon filem termakbul atas berkat doa ibunya.

Meskipun ramai yang pernah mengkritik wajahnya, namun Mimi berkata dia tidak mengambil hati kerana niat utamanya adalah untuk menghiburkan ramai orang.

“Dengan wajah yang begini juga sudah dapat berlakon filem di Malaysia.. Tak sangka saya dapat berlakon filem di Malaysia kerana impian saya untuk menjadi pelakon filem akhirnya termakbul. Terima kasih untuk ibu saya yang sentiasa mendoakan anaknya ini.

“Untuk apa saya ubah ciptaan Allah, Orang mengenali saya sebagai watak watak Mimi Peri, tetapi di luar saya adalah lelaki, Ahmad Jaelani,” katanya berseloroh.

Filem Mat Tudung Begins arahan Datuk Fizz Fairuz boleh mula ditonton pada 3 Ogos ini di seluruh pawagam Malaysia.

Mimi memegang watak penasihat kepada Johari dan Sabri yang dipegang oleh Fizz Fairuz dan Achey.

Kredit foto: Kosmo/Media Hiburan

Aqilah Paharuzi