Hiburan By: Padin February 21, 2024 @ 3:32pm

Tewas Di Tangan Ryan Bakery, Acap S Sebak Teringat Ibu

Saat namanya diumumkan sebagai finalis dalam kategori Best National Comedy Influencer sempena KNKV Award 2024 bersama empat calon lain, tiada apa yang diharapkan oleh Acap S selain diumumkan sebagai pemenang.

Namun saat nama Ryan Bakery, salah seorang calon untuk kategori berkenaan diumumkan sebagai penerima anugerah, tiada apa yang dapat menggambarkan isi hatinya yang sedang tewas dengan rakan baik sendiri.

“Saya gembira apabila nama Ryan diumumkan sebagai pemenang tapi dalam masa yang sama bersedih dengan kekalahan sendiri. Ini merupakan penampilan perdana saya ke dalam industri hiburan tanah air.

@acaps19 Replying to @〽️i🅰️✯ ♬ original sound – Acap S

“Memang saya datang dengan harapan yang sangat tinggi untuk menang dalam kategori berkenaan. Tak mengapa, ini merupakan pengalaman pertama saya bersama dengan barisan Influencer berpengaruh tanah air dalam acara berkenaan, itu sudah cukup menggembirakan,” katanya.

Selain Acap S dan Ryan, turut tercalon dalam kategori berkenaan terdiri daripada We Xiang Tan, Ikhmal Nour dan Imran Bard.

Acap S atau nama sebenarnya Mohammad Asraf Jaafar, 29 tahun merupakan salah seorang Influencer berpengaruh tanah air. Dia yang mempunyai satu juga pengikut di TikTok dengan nama @acaps19, sebenarnya bersedih apabila mengenangkan hasrat ibunya yang mahu dia mendakap kemenangan.

@acaps19 abang dah pandai jj ke ni ? #tiktoklivefest2023 ♬ original sound – Acap S

Sejak beberapa tahun lalu, kesihatan ibunya, Jamilah Ahmad, merosot dan sangat mengharapkan kemenangannya pada malam berkenaan.

Sudah pasti hasrat tersebut tidak terlaksana dan membuatkan air matanya menitis mengenangkan harapan tinggi yang diletakkan oleh orang yang paling disayanginya.

“Malam itu ibu melihat saya di TV. Awal-awal lagi dia mengharapkan saya membawa pulang trofi tapi berakhir hampa. Saya menangis mengenangkan perkara itu memanandangkan ahli keluarga lain turut mengharapkan perkara yang sama.

“Lagi satu saya terkilan kerana tak dapat menghadiahkan kemenangan itu kepada isteri saya, Nur Adriana Syazwani Asrul Affendi dan peminat yang mengundi saya sejak awal lagi. Mereka begitu gigih mengundi dan saya harap semuanya bertenang, kita cuba lagi pada lain masa,” tambah anak kelahiran Gerik, Perak ini lagi.

Jelasnya, Adriana begitu teruja saat namanya mula dicalonkan dan mereka sudah merancang pelbagai strategi untuk meraih undian sejak awal pencalonan lagi.

Mengimbas kembali perjalanan seni Acap S, dia sebenarnya terlebih dahulu menerusi aplikasi Bigo Live sebelum beralih sebagai selebriti TikTok. Dia juga pernah terlibat dalam beberapa buah drama dan filem tempatan termasuklah Muliakah Aku, Keluarga Kamil, Siti Supir dan Jiwa 18.

Jelasnya, dia akan mempertimbangkan segala tawaran berlakon memandangkan ketika ini dia masih tinggal di Gerik kerana menjaga ibunya.

Dia akan berulang alik dari Gerik ke Kuala Lumpur sekiranya ada pekerjaan yang perlu diselesaikan dan menganggap ini merupakan pengorbanan yang manis dari anak kepada seorang ibu.

“Tidak ada perkara paling membahagiakan selain dapat menjaga ibu. Sejak arwah ayah meninggalkan kami hampir satu dekad yang lalu, sayalah yang menjaganya. Segala keperluan disiapkan untuk ibu sebelum saya keluar bekerja.

“Kalau ada tawaran berlakon memang saya mahu kembali aktif memandangkan itu memang sudah menjadi minat sejak dahulu. Kalau boleh memang saya mahukan watak kelakar kerana itu memang minat sejak dahulu.

“Tapi sekarang pun saya gembira dapat menghiburkan pengikut setiap kali live di TikTok, korang jangan lupa follow saya,” tambah bapa kepada seorang anak ini lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 29 Nov 2018

Boy Genius Says Malaysian Education System is Too Restrictive

He’s a renowned teacher and lecturer but he doesn’t even have an SPM certificate or equivalent.

Events Thu, 16 Apr 2020
Trending Mon, 26 Oct 2020
Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Putus Tunang, Mariah Carey Jual Cincin Harga RM 8.4 Juta

pihak pengurusan Mariah menepis dakwaan tindakan penyanyi berusia 48 tahun kerana mengalami masalah kewangan.

Featured Wed, 17 Nov 2021

Bapa Tinggalkan Anak Tanpa Pengawasan, Budak 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 29

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui mati terjatuh dari tingkat 29 akibat kecuaian seorang bapa meninggalkan kanak-kanak itu tanpa pengawasan di rumah di sebuah kondominium dekat Jalan Ipoh, pada Selasa. Polis menerima laporan kejadian […]

Featured Thu, 13 Jul 2023