Featured By: Marcella November 17, 2021 @ 3:37pm

Bapa Tinggalkan Anak Tanpa Pengawasan, Budak 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 29

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui mati terjatuh dari tingkat 29 akibat kecuaian seorang bapa meninggalkan kanak-kanak itu tanpa pengawasan di rumah di sebuah kondominium dekat Jalan Ipoh, pada Selasa.

Polis menerima laporan kejadian pada jam 2.41 petang selepas seorang kakitangan pengurusan menemui mayat mangsa di kawasan koridor di tingkat lapan kondominium berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, ketika kejadian, bapa mangsa berusia 35 tahun keluar membeli barang dan mangsa ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan dengan pintu rumah berkunci.

“Sebaik pulang ke rumah, bapa mangsa tidak melihat kelibat anaknya dan mengesyaki kanak-kanak itu terjatuh dari tingkap sebelum meminta bantuan dari pihak pengurusan untuk mencari mangsa.

“Mangsa kemudian ditemui oleh salah seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor tingkat lapan dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya.

Eng Lai berkata, pihak pengurusan kondominium kemudian menghubungi ambulans dan sepasukan anggota paramedik dari Hospital Selayang yang pergi ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati tingkap bilik mangsa dalam keadaan terbuka dan terdapat sebuah kerusi di tepi tingkap bilik itu.

“Tingkap di dalam bilik itu didapati tidak mempunyai jeriji dan hasil siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden ini,” katanya.

Eng Lai berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Eng Lai menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206 bagi membantu siasatan polis.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Jul 2018

Justin Dan Hailey Bertunang, Bye Bye Selena Gomez

Justin rancang mengahwini Hailey, apabila melamar teman wanitanya itu semasa mereka bercuti di Bahamas Resort.

Featured Fri, 5 May 2023

“Ridzuan Hashim Rahsia Derita Sakit Jantung, Tak Mahu Hilang Job” – Didie Alias

Allahu Akbar! Moga arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman dan beramal soleh!

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

Doa Fazura Mahu Anak Tarik Perhatian Ramai

Tatkala Wani mengirimkan titipan doa saya yang ditulis kali ini hati saya terlebih sayu. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT dan saya bermohon jika sudi anda semua mengaminkan juga doa-doa saya ini sempena solat Maghrib dan Isyak ini…

Hiburan Mon, 23 May 2022

Penangan Karakter Perampas, Wafariena Terima Ugutan Santau Kerana Watak Nurul Ain

Wafariena yang melakonkan watak Nurul Ain terima ugutan santau oleh peminat yang taksub dengan drama bersiri 7 Hari Mencintaiku Musim ke-3.

Hiburan Mon, 7 Aug 2023

Tidak Diberi Tawaran Berlakon, Lisdawati Terpaksa Bergolok Gadai – “Sebab Saya Pakai Tudung Ke?”

Allahu sampai macam tu sekali.. InsyaAllah pasti ada pelangi selepas hujan kan 💪🏼