Pelakon berbangsa India popular, Accapan dilaporkan meninggal dunia pagi ini selepas mengalami kegagalan buah pinggang.

Difahamkan, anaknya Yhuveneshwary, Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya kira-kira pukul 2.43 pagi di Taman Puchong Utama dekat sini.

Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di rumah beliau kira-kira pukul 3 petang Jumaat.

Accapan meninggalkan seorang isteri iaitu Yogeswari Subramaniam 53, dan 3 orang anak iatu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Kami di Xtra mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

SGMS Faida