Tiada Lagi Gelaran ‘Presiden Jomblo’, Baim Wong Dah Bertunang!

Pelakon kacak ini digelar sebagai ‘Presiden Jomblo’ di Indonesia, tapi dalam masa beberapa bulan lagi, gelaran itu harus diberikan kepada orang lain.

Akhirnya! Selepas beberapa lama memasang impian untuk menamatkan zaman bujang, pelakon terkenal Indonesia Baim Wong selamat bertunang dengan Paula Verhoeven.

Gadis jelita ini merupakan model dan pelakon terkenal di Indonesia. Memang cantik orangnya, bertuah Baim!

Majlis pertunangan itu berlangsung di Balemong Resort, Semarang, Indonesia, tempat kelahiran Paula.

Baim sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan beberapa aktres termasuklah pelakon Elfira Loy.

Lebih mengejutkan, Baim memilih untuk berkahwin dengan Paula biarpun perkenalan baru bermula sejak tiga bulan lalu.

Kata Baim, majlis perkahwinan berkemungkinan diadakan di Jakarta memandangkan seluruh ahli keluarga mereka berada di sana. Namun begitu, tarikh pernikahan masih belum diumumkan

Tahniah Baim dan Paula. Semoga urusan menuju ke alam perkahwinan berjalan lancar ya, Insha Allah…

SGMS Faida