Categories: HiburanSelebriti

Tinggalkan Konti Hot FM Buat Netizen Sebak, Ramai Rupanya Yang Sayang Ammar

Kalau sebelum ini #JejakaDIA seolah-olah kesinambungan nama antara tiga jejaka Hot yang sering menjadi penghibur menerusi ruangan radio. Namun kali ini, Ammar atau nama penuhnya Azizul Ammar Abu Hassan akhirnya menamatkan tugasan beliau sebagai seorang penyampai radio di Hot FM. 

Video berdurasi satu minit yang dimuat naik menerusi akaun instagram miliknya itu, kelihatan mengundang perasaan sebak dikalangan rakan-rakan yang terlibat dalam karier beliau secara langsung mahupun tidak langsung.

Menurut Ammar, adalah berat untuk dirinya meninggalkan dunia penyiaran radio namun fokus terhadap bidang lakonan dan pengacaraan masih perlu diteruskan.
Mengakui setiap manusia itu melakukan kesilapan, Ammar bagaimanapun tidak menolak  sekiranya rezeki memihak kepada beliau untuk kembali semula ke konti.
” Giliran saya untuk mencari semula rasa cinta saya kepada dunia lakonan dan pengacaraan. In shaa Allah, berkat doa semua serta kerja keras , saya akan kembali berdiri atas kudrat yang ada” Katanya.
Tambahnya lagi, meninggalkan pekerjaan tetap pada masa kini adalah sesuatu yang berisiko tinggi. Terutamanya apabila mempunyai komitmen, namun Ammar percaya rezeki Allah itu luas.
Apapun, Xtra doakan semoga karier Ammar terus berkembang di luar sana okay!
Salma Syahbuddin