To’ki Akhirnya Pindah Ke Rumah Sewa Baharu, Harap Isu Tak Diperbesar Lagi – “Terima Kasih Baitulmal”

Penyanyi popular era 90-an, To’ki dilaporkan akhirnya sudah mula pindah ke rumah sewa baharu sejak Jumaat lalu.

Menurut laporan Harian Metro, To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, berterima kasih kepada pihak Baitumal yang menyediakan rumah tersebut di Sentul, Kuala Lumpur.

Tambah To’ki, dia bersyukur tuan rumah lama melanjutkan tempoh sehingga Rabu ini bagi proses pemindahan.

“Alhamdulillah, terima kasih pada Baitulmal atas pertolongan diberikan. Rumah baharu dah dapat Jumaat lepas, cuma belum pindah sepenuhnya sebab ada banyak lagi barang belum siap dibungkus dan dikemas di rumah lama. Insya Allah, rabu ini dah boleh duduk.

“Kebetulan tuan rumah pun lanjutkan tempoh sampai Rabu ini untuk kami selesaikan urusan perpindahan. Kiranya pindah secara berperingkat,” katanya.

Kata pelantun lagu Hampa itu lagi, dia berharap isu tersebut tidak diperbesarkan lagi kerana semua orang sudah mengetahuinya.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi lelaki popular era 90-an didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.

Malah, penyanyi itu juga didakwa mempunyai tunggakan bil elektrik mencecah RM6,770.

Notis mengosongkan rumah turut diberikan dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan kekal duduk di rumah itu.

Bagaimanapun, pemilik rumah memberi kebenaran kepada To’ki tinggal di rumah itu sehingga 31 Oktober ini selepas pertemuan bersama pegawai dari Baitulmal.

Pihak Baitulmal juga sudah melangsaikan tunggakan sewa dan bil elektrik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Walaupun Belum Jumpa Rumah Sewa Baharu Yang Sesuai, To’ki Tetap Akan Pindah Keluar – “Kenapa Perlu Tinggal Lagi Kalau…”

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Popular Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Elektrik, Tuan Rumah Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Elektrik, To’ki Tampil Beri Respons

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Pernah Mengemis! ”- To’ki Beri Respons Isu Dituduh ‘Amuk’ & Keras Kepala

ARTIKEL BERKAITAN: Bertegas Tak Mahu Keluar Dari Kediaman, Penyanyi Popular 90-an ‘Serang’ Tuan Rumah Dengan Parang

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi