Tolonglah Henti Label Orang Gemuk ‘Power’ Ke Tak, Ini Pesan Abam Buat Netizen!

Pelawak popular, Abam Bocey kecewa dengan sesetengah netizen yang mempertikaikan kemampuannya untuk mendapatkan zuriat hanya kerana berbadan besar.

Sebelum ini, Abam memaklumkan ada diantara pengikutnya di laman Instagram yang berpandangan negatif terhadapnya.

“ Ini soal rezeki daripada Allah SWT. Bukan sebab kita ‘power’ atau tak ‘power’. Jangan kerana saya berbadan besar orang kata saya tak mampu nak bagi zuriat.

“ Sepanjang setahun berkahwin dengan isteri, saya sentiasa positif dan percaya dengan ketentuan Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali disahkan hamil tiga bulan.

“ Berhentilah bercerita buruk mengata orang gemuk macam-macam apabila sudah berkahwin.

“ Orang ‘power’ pun jika Allah tak izinkan, buatlah cara macam mana sekalipun tak dapat juga. Saya doakan kepada semua yang berkahwin dikurniakan anak,” katanya.

Abam dan Siti Norhidayah berkahwin pada 8 Disember tahun lalu di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

 

SGMS Faida