“Tunggu 2 Disember!” – Datuk Seri Eizlan Yusof

Baru-baru ini ada desas desus yang pelakon dan penerbit, Datuk Seri Eizlan Yusof bakal menamatkan zaman dudanya tidak lama lagi. Namun demikian, Eizlan memohon semua pihak untuk menunggu jawapannya sewaktu sidang media yang akan diadakan pada 2 Disember nanti. 

“Macam mana hendak komen sedangkan nanti akan ada sidang media. Pengurus saya sedang sibuk menguruskan perkara itu.

“Sama ada betul atau tidak berita saya bakal bernikah, semua itu akan terjawab pada sidang media berkenaan,” jelas Eizlan kepada BH Online semasa dihubungi melalui aplikasi Whatsapp.

Memetik laporan portal tersebut, Ahad lalu ruangan pojok sebuah akhbar mendedahkan bahawa Eizlan bakal berkahwin dalam satu majlis gilang-gemilang bulan depan dan dikatakan bakal mendapat tajaan bernilai 2 juta tapi nampaknya kenalah tunggu 2 Disember nanti untuk tuan punya badan menjawab spekulasi tersebut. 

Terdahulu Eizlan pernah berkahwin dengan usahawan, Vie Shanti Khan (33) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Vie Zaara (11), Zareef Yusof (9) dan Vie Zalia (6).

Walau bagaimanapun, rumahtangga mereka gagal dipertahankan dan mereka telah bercerai pada 2015. 

Kalau betul spekulasi tentang perkahwinan yang dikatakan bakal menjadi ‘wedding of the year’ ini, team Xtra hanya mendoakan yang baik-baik sahaja buat Eizlan dan pasangannya. Semoga semuanya dipermudahkan…

Del14