Undur Diri Dari Dunia Seni? Masya Masyitah Sempat Respons Isu Buka Tudung – “Saya Mahu Bebas, Tak Mahu Dunia Glamor”

Penyanyi Masya Masyitah mencuri perhatian selepas mengambil keputusan untuk melepaskan hijabnya pada 30 Julai lalu.

Menurutnya, keputusan untuk tampil ‘free hair’ tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak sebaliknya ia adalah keputusannya sendiri.

Malah, dia tidak mahu netizen atau mana-mana pihak meletakkan kesalahan tersebut kepada ibu bapanya.

“Semua keputusan adalah pilihan saya sendiri. Kalau nak marah, marah pada saya dan bukan ibu bapa saya.

“Siapa kata ayah saya akan tanggung dosa sebab saya tak menutup aurat? Saya yang buat, saya sendirilah tanggung.

“Tak payah nak cakap mak pun sama galak dan jangan salahkan mereka,” katanya.

 

Lebih mengejutkan, penyanyi yang popular menerusi lagu Hapus ini juga menegaskan, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia seni selepas penampilannya dikecam teruk sejak akhir-akhir ini.

“Orang kata saya sendu, Ya saya memang sendu. Sekarang saya hanya mahu jadi orang biasa.

“Saya nak hidup bebas, tidak mahu jadi artis, tak mahu dunia glamor,” jelasnya.

Terdahulu, beberapa rakan artis dan penerbit popular, David Teo tampil menegur tindakan Masya berkaitan keputusannya untuk tidak mengenakan hijab.

Bahkan, rata- rata dalam kalangan netizen mengkritik penampilannya yang dianggap kurang sesuai dek kerana tidak menutup aurat dengan sempurna sesuai imej muslimahnya.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin