Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Fatin Nurain January 25, 2023 @ 2:31pm

Usia Kandungan Mencecah 5 Bulan, Dynas Mokhtar Bakal Timang Cahaya Mata Lagi!

Pelakon jelita Dynas Mokhtar tampil mengejutkan ramai peminatnya selepas berkongsi gambarnya yang sedang hamil ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh Dynas sendiri menerusi sebuah hantaran di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dynas Mokhtar II (@dynasmokhtar)

Memetik laporan Harian Metro, pelakon itu bercadang untuk tidak mengambil tahu jantina anak keempatnya yang bakal dilahirkan pada penghujung Mei ini kerana mahukan kejutan.

“Kami belum buat pemeriksaan mengesan jantina bayi kerana mahukan kejutan. Namun, kami juga tidak kisah soal jantina anak keempat ini lelaki atau perempuan kerana yang penting anak yang dilahirkan nanti sihat dan cukup sifatnya,” katanya.

Biarpun usia kandungannya kini sudah mencecah lima bulan, Dynas mengakui alahan yang dialaminya kali ini berbeza berbanding kehamilannya yang terdahulu.

“Saya juga berasa penat dan mengalami alahan yang teruk pada kehamilan anak keempat ini berbanding kandungan sebelum ini. Alahan yang teruk hanya pada tempoh tiga bulan pertama kehamilan.

“Alhamdulillah, keadaan saya sudah okay dan usia kandungan pun sudah mencecah usia lima bulan ketika ini,” katanya.

Terdahulu, Dynas telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din pada April 2018 dan dikurniakan anak lelaki Edriel Obil, 3.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 12, dan Mohamed Haqaish, 9.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 May 2019

Jalaluddin Hassan Risau Dibilang Buang Tabiat?

Jika diberi peluang merakam single dalam masa terdekat, lagu bergenre balada bakal menjadi pilihan.

Featured Wed, 25 Jan 2023

“Saya Tak Ada Kena Mengena Dengan Masalah Keluarga Ni…” – Janna Nick Bidas Dakwaan Punca Fyna Jebat & Madu Berkelahi

Kontroversi melibatkan kisah rumah tangga penyanyi yang juga adik kepada Ayda Jebat, Fyna Jebat masih hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Ia berlanjutan selepas ramai dalam kalangan selebriti yang tampil memberi pesanan agar tidak membuat […]

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Hiburan Sat, 19 Feb 2022
Hiburan Tue, 29 May 2018

Cerita Artis Plastik, Kenapa Janna Nick Naik Angin?

Saya bukan orang yang bermuka-muka dan saya orang yang sangat jujur. Kalau dia nak plastik dengan saya, tak payah la…

Hiburan Tue, 17 Jun 2025
Hiburan Mon, 27 Mar 2023

Takkan Mudah Buah Tangan Baharu Rief Daniel

Tahniah atas single yang terbaharu!

error: Content is protected !!