Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 25, 2023 @ 6:05pm

“Saya Tak Ada Kena Mengena Dengan Masalah Keluarga Ni…” – Janna Nick Bidas Dakwaan Punca Fyna Jebat & Madu Berkelahi

Kontroversi melibatkan kisah rumah tangga penyanyi yang juga adik kepada Ayda Jebat, Fyna Jebat masih hangat diperkatakan sehingga ke hari ini.

Ia berlanjutan selepas ramai dalam kalangan selebriti yang tampil memberi pesanan agar tidak membuat teguran ‘kasar’ terhadap perkahwinan penyanyi itu dengan jurulatih bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Bahkan, dek kerana masalah yang timbul, nama pengacara Famili Duo, Janna Nick juga turut terpalit, sekaligus dia tampil menepis dakwaan kononnya menjadi punca Fyna dan madu berkelahi.

Perkara itu dikongsi Janna menerusi komen balasnya di akaun instagram milik Fizz Fairuz sebelum ini.

“Salam, tolong delete gambar saya sebab saya tak ada kena mengena dengan masalah keluarga ni.

“Sorry for being insensitive about things yang saya sendiri tak tahu atau diberitahu in the first place,” tulisnya.

Dalam pada itu, Janna menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya tampil mendedahkan perkara sebenar mengenai sebab dan punca konflik tersebut timbul termasuklah skrip yang telah diberikan padanya pada malam tersebut.

“Saya ni jarang la nak defensive. Kalau orang nak kata. Kata la, saya okay tambahan kalau yang mengata tu adalah netizen.

“Tapi bila ada pelakon veteran dalam industri yang menuduh secara membabi buta & konon saya sengaja nak sakitkan hati first wife kepada si polan. Saya jadi marah. Cuba untuk tidak endahkan tapi media media mula menjadikan saya sebagai “TAJUK” utama perbalahan di antara isteri pertama dan  isteri kedua.

“Saya langsung tidak tahu akan kewujudan isteri pertama dan  masalah rumah tangga yang dilalui mereka. Konon saya pulak punca berlakunya kejadian tarik menarik rambut. Rancangan #FamiliDuotv3 memang berkonsepkan family. Kekeluargaan. Memang soalan tentang, suami, anak , isteri, ibu dan ayah akan acapkali ditanya. Lebih lagi kalau suami mereka agak dikenali.

“Di page sebelah, saya sertakan script yang telah di “bold” kan dengan Warna merah yang membawa maksud. “Wajib tanya”. I love my team & I love everyone dalam #familiduoTV3. Sebagai pengacara.. saya akui segala kekurangan adalah kelemahan saya sendiri & yang baik itu dari Allah SWT,” katanya.

Malah, pengacara dan pelakon ini juga menegaskan, kenyataan yang dibuat adalah untuk tidak melibatkan dirinya dalam konflik rumah tangga pasangan tersebut selain memohon maaf kepada isteri pertama jurulatih bola sepak berkenaan.

“This would be my last statement, saya harap para media hormati saya dan jangan libatkan saya dengan masalah rumah tangga orang lain.

“Saya juga memohon maaf secara terbuka kepada isteri pertama tersebut sekiranya gurauan itu telah pun menyakitkan hati,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 May 2023
Trending Wed, 18 Apr 2018

Kenapa Sharifah Sakinah Tak Puas Hati Dengan Neelofa?

Persoalannya, apakah motif Sharifah Sakinah berbuat demikian? Adakah dia tidak puas hati kerana tidak memenangi anugerah tersebut? Atau dia memang berniat untuk bergurau?

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Hilang Upaya Kawal Otot, Kesihatan Celine Dion Makin Merosot

Semoga Celine Dion cepat sihat! Nanti boleh beraksi di pentas semula…

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Featured Tue, 7 Feb 2023

Dakwaan Suami Abai Nafkah Madu, Miera Leyana Hampir Jadi Singa Gara-Gara Diserang Netizen Mulut Celupar

Jangan dijolok sarang tebuan, jangan dikacau singa yang diam… Kena makan dengan Miera nanti 🥵😌🤪

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
error: Content is protected !!