Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 20, 2023 @ 6:48pm

Ustazah Asma’ Harun Mahu Filem Pulau Dibatalkan Tayangan, Terkejut Dengan Respons Pelakon – “Tolong Jangan Ambil Mudah…”

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai filem Pulau yang didakwa mempunyai unsur kelucahan dalam trailer filem tersebut sehingga mencetuskan pertikaian ramai.

Terbaharu, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun tampil memberi kenyataan mengenai isu yang hangat diperkatakan itu di laman Facebook miliknya.

Menerusi tulisan Asma, beliau meluahkan rasa runsing apabila memikirkan tentang trailer filem Pulau yang berunsur lucah dan menegaskan ianya haram untuk dilakon dan ditayangkan.

“Sungguh, saya runsing memikirkan tentang trailer filem Pulau yang secara terang-terangan mempromosikan babak ‘soft porn’ dan mempamerkan nilai budaya barat dan langsung tidak menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia.

“Ia jelas menunjukkan filem ini berselindung di sebalik genre seram tetapi mempromosikan babak-babak panas yang memualkan.

“Perlu diketahui menonton atau melakonkan watak yang berunsur lucah adalah haram dan ia tergolong dalam sesuatu yang dikeji dan tercela, sama ada yang ringan atau berat,” luah Asma’.

Tambah Asma’, dia juga berasa terkejut apabila terdapat pelakon filem itu yang memberi respons terhadap kritikan yang diterima.

“Sungguh saya terkejut apabila membaca respon yang diberikan oleh salah seorang pelakon filem tersebut.

“Tolong jangan ambil mudah tentang perkara yang terang-terangan merosakkan masyarakat khususnya generasi muda.

“Bukan semudah itu kita hanya pejam mata, tolong lihat sudut pandang yang lebih luas kerana industri filem ini ditonton oleh semua lapisan masyarakat,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Asma juga menegaskan bahawa pelakon yang tidak terlibat dengan babak lucah tersebut turut dikira bersubahat dan berkata filem Pulau wajar dibatalkan tayangan.

“Saya dimaklumkan ada dalam kalangan pelakon filem tersebut maklum akan wujudnya babak tidak senonoh tersebut tetapi bukan dirinya yang melakukan babak tersebut, sekiranya benar pun ia tetap dikira bersubahat.

“Hasil keuntungan daripada tontonan masih tetap diberi kepada semua pelakon. Jika dilihat dari aspek dosa dan pahala maka wajarlah filem ini dibatalkan sebelum tayangannya bulan Mac nanti, mudah-mudahan mereka terselamat daripada dosa yang berterusan,” tutup Asma’.

Berikut disertakan pautan artikel penuh oleh Ustazah Asma’ Harun mengenai isu filem Pulau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

True Caller Membantu Untuk Ketahui Scam Atau Tidak?

Di dada akhbar dan muka depan laman berita kini penuh dengan laporan penipuan Macau Scam. Ramai individu kehilangan wang simpanan bernilai jutaan ringgit kerana menjadi mangsa. Di dalam dunia penuh penipuan, tiba masanya teknologi digunakan untuk […]

Hiburan Thu, 5 Sep 2024

Enggan Keruhkan Keadaan, Syamsul Yusof Mahu Selesaikan Hubungan Dengan Ibu Bapa Secara Peribadi

Semoga hubungan Syamsul Yusof dengan ibu bapanya akan kembali jernih

Featured Mon, 27 Mar 2023
Featured Mon, 30 Jan 2023

Kenang Arwah Suami, BCL Syukur Dicintai Keluarga Mentua – “Kehilangan Ashraf Titik Terendah Dalam Hidup Saya…”

Saat bertemu dengan Ashraf membuatkan saya rasa jauh lebih tenang – BCL 😢 Sayu pula min rasa..

Featured Mon, 15 Aug 2022

[VIDEO] “Siapalah Kata Mereka Cerai?” – Solat Jemaah Bersama, Noor Nabila Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Bersama Engku Emran Masih Baik

Segala kontroversi telahpun terjawab. Pasangan bahagia ni elok je tunai solat jemaah bersama-sama. Tapi comel Jebat Jayden niii, gerammm je!

Trending Wed, 3 Feb 2021

Individu Langgar SOP Akan Dikenakan Kompaun Dan Denda Yang Tinggi – Ismail Sabri

Perhatian buat semua atau bakal dikenakan kompaun yang tinggi

Featured Fri, 24 Jan 2025

Sedia Jalin Kerjasama, Haqiem Rusli Puji Kai Deva Unik

Lagu ini lagu legenda, jadi saya tidak perlu fikir banyak – Haqiem Rusli

error: Content is protected !!