[VIDEO] Aeril Zafrel Jual Lambo Kesayangan, Bakal Salur Hasil Jualan Ke Palestin

Pelakon dan selebriti terkenal,  Aeril Zafrel memaklumkan dia telah menjual kereta mewah jenama Lamborghini berwarna kuning.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, suami kepada selebriti Wawa Zainal berkata dia memilih untuk menjual kereta berkenaan kerana jarang dipakai.

“Goodbye Lambo. Jarang sangat pakai kereta ini. Jual jela,” tulisnya.

Sementara itu, aktor drama Serpihan Sayang ini juga berkata sebahagian hasil penjualan Lamborghini itu akan didermakan kepada rakyat Palestin yang ditimpa ujian apabila direjam zionist.

“Insya-Allah, sebahagian hasil ini kita derma kat Palestin,” tambahnya lagi.

Berdasarkan hantaran kedua di IGs miliknya, Aeril muat naik video individu yang telah membeli kereta jenama mewah itu.

Kereta mewah Lamborghini Aventador tersebut merupakan hadiah dariapda isteri kesayangannya, Wawa Zainal bersempena usahanya bersama mengembangkan bisnes mereka selama enam tahun.

Menurut Aeril, dia sudah lama menginginkan kereta Lamborghini Aventador berwarna kuning kerana edisi tersebut tidak dikeluarkan lagi.

Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Sebak Dan Menggigil, Wawa Zainal Hadiahkan Kereta Mewah!

Aqilah Paharuzi