[VIDEO] Anak Dijangkiti Wabak Covid-19 Pada Ulang Tahun Ke-8, Che Ta Janji Sambut Lepas Sihat – “Nanti Kita All Out Na Sayang”

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan memuat naik sebuah video memaklumkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana berada dalam keadaan yang kurang sihat kerana dijangkiti wabak Covid-19.

Menerusi hantaran tersebut, Rozita atau mesra disapa Che Ta menyatakan bahawa anaknya itu dijangkiti wabak tersebut pada hari ulang tahun kelahirannya hari ini.

“Hari ini hari jadi princess @aaisyahdhiarana111 tapi kesian sayang mummy kena covid,” tulis Che Ta.

Namun begitu, pelakon drama Cinta Buat Dara itu berjanji untuk menyambut ulang tahun kelahiran puterinya itu selepas sembuh.

“Dah sihat nanti kita celebrate all out na sayang… kita buat kat @lanteravenue tau,” katanya lagi.

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti mendoakan semoga anaknya itu cepat sembuh seperti sedia kala serta menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran yang kelapan untuknya.

Atiqah Johari