Featured By: Salma Syahbuddin February 14, 2024 @ 4:14pm

[VIDEO] DSV Kongsi Pusat Tahfiz Miliknya Hampir Siap, Nama Diberi Sempena Arwah 2 Anak Lelaki – “Al Zuhdie Wa Zikrie 99% Siap”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi perkembangan terkini pusat tahfiz miliknya yang kini hampir siap sepenuhnya.

Pusat tahfiz yang diberi nama sempena arwah dua puteranya, Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie itu telahpun siap hampir 99 peratus.

Justeru, DSV meluahkan rasa syukur kerana pusat tahfiz yang dibina dan ditanggung sendiri oleh syarikat miliknya itu akan dapat digunakan sepenuhnya tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, 99 peratus tahfiz DSV. Saya dan syarikat yang tanggung.

“Dulu nama pusat tahfiz ni, Tahfiz DSV … Tapi saya tukar letak nama dua putera saya di syurga maka jadilah, Al Zuhdie Wa Zikrie,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Berdasarkan video berdurasi 20 saat itu, DSV sempat menunjukkan bahagian hadapan bangunan tahfiz berkenaan.

@quputehtomatohq Alhamdulilaahh .. 99% TAHFIZ DSV .. sy & syarikat tanggong.. Dulu nama Tahfiz DSV Tapi sy tukar letak nama 2 Putera Saya di SYURGA.. AL ZUHDIE Wa ZIKRIE #fyp ♬ original sound – EMPAYAR DATO SERI VIDA

 

Kagum dengan pengorbanan dan tindakan DSV, rata-rata warganet menitipkan doa agar usahawan ini dipermudahkan urusan dan dimurahkan lagi rezeki.

Sekadar info, kedua-dua anak lelaki DSV iaitu Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat 11 tahun lalu.

Bahkan, DSV sebelum ini menyifatkan, kehilangan dua puteranya itu sebagai perkara yang paling menyakitkan sepanjang hidupnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 29 Aug 2022
Featured Fri, 10 Aug 2018

Meneruskan Legasi Ibu Bapa Mereka, Ini Wajah Lapan Pewaris Seni Hollywood Yang Dijangka Meledak

Dengan status sebagai pewaris bintang ternama juga, mereka ini mudah mendapat peluang bagaimanapun tekanan yang berlaku apabila sering dibandingkan dengan bakat serta keupayaan orang tua mereka

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Featured Mon, 13 Apr 2020
Events Tue, 14 Jan 2020

Ronan Keating To Set The Most Beautiful And Romantic Concert In Malaysia This Valentine’s Day

The lead singer of the 90’s sensational boy group, Boyzone is returning to Malaysia this February.

Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Kenapa Pak Nil Emosi Tengok Drama TV3 Ni?

Geram dengan watak Husna dan Nek Pah pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi turut emosi menonton drama Jangan Benci Cintaku yang disiarkan di TV3

Eat Travel Sun, 26 Apr 2020