Hiburan By: Maya Basir June 9, 2023 @ 11:32am

[VIDEO] Fimie Don Buat Siti Khadijah Halim Menangis – “Pandai Main Jiwa, Terasa Sampai Sini”

Pelakon dan penyanyi, Fimie Don mencuri perhatian netizen apabila membuatkan pelakon Siti Khadijah menangis.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, mereka bermain satu permainan dimana Siti harus katakan ‘tidak’ pada setiap soalan yang diajukan Fimie.

“Adakah kau happy? Adakah kau bangga dengan diri kau? Adakah kau rasa orang dekat luar sana kisah pasal perasaan kau? Kau nak aku buat lawak tak bagi kau gelak?,” tanya Fimie.

Kemudian, pelantun lagu Koyak ini bertanyakan lagi dengan soalan yang berbeza.

“Siti Khadijah adakah kau akan putus asa? Adakah kau akan kisah dengan apa orang dekat luar sana dan menyebabkan kau give up dengan hidup kau? Adakah kau akan putus asa? Adakah kau akan berhenti? Aku bangga dengan kau tau,” ujarnya kepada Siti tidak dapat menahan air mata.

Pada masa sama, dia juga memberi kata-kata semangat kepadanya.

“Semua yang tengok ni semua sayang kau tau,” ujarnya.

“Such a good friend. Thank you,” balas Siti terharu.

@fimiedonofficial Kau kuat kan? Kau SAMBUT kan? @sitikhadijahhalim ♬ Sambut Chorus

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut merasakan rasa sedih dengan pertanyaan berkenaan.

“Pandai Fimie main jiwa. Terasa sampai sini.

“Weh aku nangis do.

“Asal kita semua yang sedih ni,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 15 Sep 2018

Long Weekend Dan Tak Tahu Nak Buat Apa? Jom Ke Karnival Rempah 2018!

Mari meriahkan Karnival Rempah 2018 pada hujung minggu ini!

Acara Mon, 20 Dec 2021

2 Karakter Wanita Jadi Fokus Teater ‘Night, Mother’

Memberikan fokus terhadap lakonan dua pelakon wanita, produksi PH7 bakal menerbitkan sebuah teater bertajuk ‘Night, Mother’ karya Marsha Norman yang akan berlangsung bermula 6 sehingga 16 Januari 2022 di PJPac di 1 Utama, Petaling Jaya. […]

Featured Thu, 25 May 2023
Hiburan Mon, 2 Aug 2021

Ibu Amy Search Meninggal Dunia

Ibu kepada penyanyi Amy Search, Fatimah Idris meninggal dunia jam 6 petang semalam. Perkhabaran duka ini dikongsi oleh Amy menerusi hantaran terbaru di laman Instagram miliknya yang dimuat naik semalam. “Doakan ibu saya, Hajjah Fatimah […]

Trending Tue, 13 Jul 2021