[VIDEO] Gelagat Ain Edruce & Rakan Artis Suruh ‘Kiss’ Gamatkan Resepsi Janna & Dini… Tapi Ada Netizen Dakwa: “Patutlah Ustaz Wadi Balik Awal”

Tular sebuah video memaparkan gelagat pengacara Ain Edruce bersama rakan-rakan selebriti lain menjerit meminta pasangan pengantin untuk bercium ketika Dini Schatzmann sedang menyarungkan cincin kepada Janna Nick.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di TikTok, Ain dan beberapa tetamu lain sedang menjerit ke arah satu sama lain yang ditujukan kepada pasangan mempelai tersebut.

“Kiss now, we want kiss, cium,” katanya.

@freakbellaz Kemain ha ain edruce sampai nak terkeluar anak tekak tu 🤣🤣🤣😭 #jannanick #janna #dinischatzmann #kahwin #ainedruce #jannanickerfans ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Di ruanngan komen, beberapa netizen terhibur melihat gelagat Ain dan tetamu lain yang menggamatkan suasana majlis resepsi Janna dan Dini.

Namun begitu, ramai netizen membanjiri komen dengan mengaitkan kejadian tersebut dengan kehadiran penceramah Ustaz Wadi Annuar ke majlis tersebut.

Malah, ada juga yang mengatakan gelagat segelintir tetamu seperti tidak menghormati kehadiran pendakwah bebas berkenaan.

“Malunya aku Ustaz Wadi ada lagi kat situ aku pula yang malu. Okay aku dah faham keadaan macam mana yang Ustaz Wadi cakapkan tu.

“Aduh kesian ustaz, mesti tak selesa sangat. Patutlah Ustaz Wadi Annuar balik awal,” komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Wadi Annuar Perjelas Isu Hadiri Majlis Resepsi Janna & Dini – “Saya Ambil Keputusan Untuk Tak…”

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis Resepsi Janna Nick & Dini Berlangsung Meriah, Tapi Ada Netizen Komen: “Segan Tengok Ustaz Wadi Baca Doa Di…”Tular sebuah video memaparkan gelagat pengacara Ain Edruce bersama rakan-rakan selebriti lain menjerit meminta pasangan pengantin untuk bercium ketika Dini Schatzmann sedang menyarungkan cincin kepada Janna Nick.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di TikTok, Ain dan beberapa tetamu lain sedang menjerit ke arah satu sama lain yang ditujukan kepada pasangan mempelai tersebut.

“Kiss now, we want kiss, cium,” katanya.

Di ruanngan komen, beberapa netizen terhibur melihat gelagat Ain dan tetamu lain yang menggamatkan suasana majlis resepsi Janna dan Dini.

Namun begitu, ramai netizen membanjiri komen dengan mengaitkan kejadian tersebut dengan kehadiran penceramah Ustaz Wadi Annuar ke majlis tersebut.

Malah, ada juga yang mengatakan gelagat segelintir tetamu seperti tidak menghormati kehadiran pendakwah bebas berkenaan.

“Malunya aku Ustaz Wadi ada lagi kat situ aku pula yang malu. Okay aku dah faham keadaan macam mana yang Ustaz Wadi cakapkan tu.

“Aduh kesian ustaz, mesti tak selesa sangat. Patutlah Ustaz Wadi Annuar balik awal,” komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Wadi Annuar Perjelas Isu Hadiri Majlis Resepsi Janna & Dini – “Saya Ambil Keputusan Untuk Tak…”

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis Resepsi Janna Nick & Dini Berlangsung Meriah, Tapi Ada Netizen Komen: “Segan Tengok Ustaz Wadi Baca Doa Di…”

Nurul Hana