[VIDEO] “Ini Yang Ditunggu!” – Netizen Teruja Anna Jobling Tersasul Panggil Meerqeen ‘B’

Pelakon jejaka, Meerqeen dan aktres jelita Anna Jobling tidak dinafikan sering mencuri perhatian netizen selepas kemunculan drama bersiri yang menjadi fenomena sehingga kini iaitu Melur Untuk Firdaus.

Mereka sering dikaitkan mempunyai hubungan istimewa oleh rata-rata netizen namun ketika disoal masing-masing menafikan perkara tersebut.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan Meerqeen dan Anna berada di ‘backstage’ sambil menunggu giliran mereka untuk membuat satu pengumuman penting semasa di konsert Terpaling Juara minggu keempat yang berlangsung semalam.

Dalam video berdurasi 35 saat itu, Anna terlepas kata memanggil Meerqeen dengan panggilan ‘B’ lalu reaksi wajahnya berubah terkejut.

“B, don’t keluar,” katanya.

Video yang dimuat naik oleh salah seorang peminat mereka menerusi ruangan TikTok dibanjiri dengan peminat MeerNa (gabungan nama Meerqeen dan Anna) teruja melihat gelagat mereka sebelum muncul di kaca televisyen.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 200,000 tontonan, 10,000 tanda suka dan 100 komen.

Meerqeen dan Anna membuat pengumuman penting di konsert Terpaling Juara minggu keempat yang memaklumkan drama bersiri kegemaran ramai iaitu Melur Untuk Firdaus bakal muncul dengan musim kedua di TV3.

Kemunculan mereka di konsert tersebut meraih pelbagai reaksi peminat mereka sehingga tanda pagar #MeerNaOnTerpalingJuara turut trending di aplikasi Twitter semalam.

Jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 atau strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Dalam pada itu, Anna bakal muncul dalam pementasan teater Maduku Terpaling Kalut di PJPAC, 1 Utama pada 29 September sehingga 2 Oktober 2022.

Selain Anna, teater Maduku Terpaling Kalut kali ini adalah naskhah yang dipentaskan buat kali ketiga, menampilkan pelakon popular seperti Puteri Sarah, Azrel Ismail serta tiga pelakon baru antaranya Syafiq Naser, Aya Amiruddin dan Curly Jow.

Tiket boleh dibeli di laman web www.onetix.com.my atau pembelian secara terus di kaunter mengikut kekosongan tempat duduk.

Aqilah Paharuzi