[VIDEO] “Isu Pukul, Tendang Dan Tampar! Saya Serang Sebab Dia…” – Pembantu Peribadi Akhirnya Mengaku Pukul Mak Wan Latah

Kontroversi melibatkan pelakon veteran, Mak Wan Latah nampaknya masih belum reda apabila beliau mendakwa pernah menjadi mangsa pukul pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Amell.

Menurut Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, Amell bertindak memukul dan menumbuknya kerana mengambil sejumlah wang seperti yang didakwa sebelum ini.

“Tak guna saya pergi umrah dan hadir kuliah kalau saya kotorkan diri saya dengan perbuatan sebegitu.

“Saya sudah beritahu dia bukan saya yang ambil duit tu. Entah siapa yang pusing cerita. Dia pukul dan tumbuk saya semuanya gara-gara duit,” katanya dalam sesi temu bual bersama Melodi pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Baling Kepala Saya Dengan Botol Coke…” – Buat Laporan Polis, Mak Wan Latah Pertahan Maruah

ARTIKEL BERKAITAN:“Manusia Bila Kita Tolong, Dia Gigit Kita Balik!” – Mak Wan Latah Nafi Dakwaan Amal Syirik, Akui Itu Hanya Skrip Untuk…

Sementara itu, bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan memukul dan menumbuk Mak Wan, Amell  mengakui dia melakukan perbuatan tersebut dan menjelaskan mengenai hal disebalik kejadian itu berlaku  dalam satu sesi temu bual berasingan.

Amell berkata, tindakannya itu adalah untuk mempertahankan dirinya selepas Mak Wan bertindak meludahnya gara-gara bertanyakan satu soalan sahaja.

“Memang saya da memukul dia, saya ada menampar dia.. tapi kejadian itu berlaku apabila Mak Wan sendiri meludah saya apabila saya bertanyakan soalan. 

“Dia terus bangun, menengking, dan meludah saya. Dan bila dia dah meludah saya, of course saya auto saya akan serang dia. Masa tu pun saya dalam keadaan panas,” jelasnya.

Terdahulu, isu ini mula mendapat perhatian orang ramai apabila tular beberapa video yang menunjukkan Mak Wan Latah dilihat sedang membaca mantera dan dikatakan memberi minum air kencingnya kepada beberapa individu yang tidak disebutkan namanya.

 

Salma Syahbuddin