[VIDEO] Lakonan Ismail Izzani Dalam ‘Bukan Hanya Sekadar Cinta’ Timbulkan Pelbagai Reaksi… Sesetengah Netizen Dakwa Tak Sesuai Jadi Hero, Ada Yang Tak Sabar Tengok Episod Seterusnya

Melangkah keluar daripada zon selesa sebagai penyanyi, Ismail Izzani mengasah bakat sebagai pelakon dalam drama bersiri Bukan Hanya Sekadar Cinta.

Sedang hangat bersiaran di slot Akasia TV3, naskhah terbitan A Aida Production itu menampilkan Ismail sebagai hero dan bintang muda, Sofia Dendroff selaku heroin.

Terbaharu, tular sebuah video potongan drama terbabit yang dimuat naik di laman sosial TikTok.

@miniredeyla Epi 4 guys #bukanhanyasekadarcinta #aaidaproduction #akasiatv3 ♬ original sound – She👧

Video tersebut memaparkan salah satu adegan Ismail memeluk pinggang dan melakukan aksi romantis bersama Sofia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang berpuas hati dengan pemilihan Ismail sebagai hero drama tersebut.

Ada juga sesetengah netizen yang memberi komen menyamakan Ismail dengan watak kanak-kanak popular Jepun iaitu Nobita.

“Alahai heronya. Macam Nobita.

“Lagu dah best tapi tak sampai feel tu.

“Hero macam Nobita. Dapat kawin Shizuka ke?

“Akhirnya Nobita kawin juga dengan Shizuka,” tulis netizen.

Menjengah ke Instagram Ismail, ramai dalam kalangan peminat dan rakan-rakan selebriti memberi sokongan terhadap pelantun lagu Luar Biasa ini.

Malah, peminat juga tidak sabar untuk menyaksikan episod seterusnya.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Bukan Hanya Sekadar Cinta setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3!Melangkah keluar daripada zon selesa sebagai penyanyi, Ismail Izzani mengasah bakat sebagai pelakon dalam drama bersiri Bukan Hanya Sekadar Cinta.

Sedang hangat bersiaran di slot Akasia TV3, naskhah terbitan A Aida Production itu menampilkan Ismail sebagai hero dan bintang muda, Sofia Dendroff selaku heroin.

Terbaharu, tular sebuah video potongan drama terbabit yang dimuat naik di laman sosial TikTok.

Video tersebut memaparkan salah satu adegan Ismail memeluk pinggang dan melakukan aksi romantis bersama Sofia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang berpuas hati dengan pemilihan Ismail sebagai hero drama tersebut.

Ada juga sesetengah netizen yang memberi komen menyamakan Ismail dengan watak kanak-kanak popular Jepun iaitu Nobita.

“Alahai heronya. Macam Nobita.

“Lagu dah best tapi tak sampai feel tu.

“Hero macam Nobita. Dapat kawin Shizuka ke?

“Akhirnya Nobita kawin juga dengan Shizuka,” tulis netizen.

Menjengah ke Instagram Ismail, ramai dalam kalangan peminat dan rakan-rakan selebriti memberi sokongan terhadap pelantun lagu Luar Biasa ini.

Malah, peminat juga tidak sabar untuk menyaksikan episod seterusnya.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Bukan Hanya Sekadar Cinta setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3!

Izzi Farhana