[VIDEO] Syada Amzah Nyanyi Lagu Arab Dikritik, Netizen Kata ‘Bakat Yang Patut Dipendam’… Ramai Juga Puji Suara Sedap

Perkongsian penyanyi Syada Amzah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik sebuah rakaman video di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Hamzah berkongsi video yang memaparkan dia merakam semula (cover) lagu hits arab iaitu Kalam Eneih.

Tampil dengan berjubah hitam, Syada yang juga adik kepada penyanyi Shila Amzah itu kelihatan sangat yakin mendendangkan lagu bahasa Arab itu biarpun kali pertama menyanyikan lagu Arab.

“Ini adalah kali pertama saya menyanyi penuh dalam bahasa Arab. Maaf jika ada perkataan yang tak betul, masih belajar. Harap semua menyukainya,” tulisnya.

Terbaharu, Syada sekali lagi memuat naik rakaman video cover kedua apabila menyanyikan lagu hist Arab juga iaitu Eih Eih.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap kedua-kedua perkongsian rakaman cover Syada tersebut.

Ternyata nyanyian Syada seolah-olah tidak berjaya memikat hati warganet apabila lontaran vokalnya menyanyikan lagu-lagu Arab itu dikatakan tidak sedap.

“Awat dengar lagu ni terus jadi tak best eh. Adakah sebab penyanyi dia hahaha,” kritik seorang netizen.

“Diamlah. Rosak lagu aku,” komen netizen.

“Bakat yang patut dipendam,” tulis netizen lain.

Malah, ramai juga yang turut memuji kemampuan Syada menyanyikan lagu Arab tersebut biarpun pertama kali.

“Bestnya suara dia,” puji netizen.

“Sedap suara adik nyanyi lagu Arab, kalau mengaji mesti lagi sedap,” tulis warganet.

“Masya-Allah sedap sangat suara,” komen seorang pengguna.

“Bukan mudah untuk bawa lagu ni, Insya-Allah teruskan, jangan give up,” tulis netizen lain.

Khairil Khusyairi