Featured By: Aqilah Paharuzi August 11, 2022 @ 5:07pm

[VIDEO] “Trend Buka Tudung Dah Jadi Satu Penyakit, Jangan Normalkan…” – Ummi Nazeera Mohon Doa Kekal Berhijab

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai isu selebriti yang sudah bertudung mula membuka hijab mereka.

Susulan itu, sebuah video kembali tular yang memaparkan pelakon versatil Ummi Nazeera tampil memberikan pandangannya mengenai isu semasa yang hangat menjadi perbualan netizen pada masa kini.

Video tersebut dipercayai sebahagian sedutan temuramah Ummi bersama Zayan.my tular di aplikasi TikTok sejak kelmarin.

Menerusi video tersebut, Ummi berkata individu yang memakai hijab tidak boleh menganggap perbuatan membuka tudung itu adalah sesuatu perkara yang normal.

“It’s not normal, it’s not right. Jadi saya minta orang sekeliling saya yang menyayangi saya, tolonglah doakan saya supaya tidak membuka tudung.

“Saya risau itulah saya punya pengakhiran. Kita tidak tahu pengakiran kita macam mana, sekarang ini saya pakai tudung, saya tidak tahu pengakhiran saya bertudung atau tidak.

“Mungkin rakan-rakan artis kita yang sudah buka tudung, nanti pengakhiran mereka pakai tudung. Kita tak tahu, amin, insya-Allah.

“Cuma, saya doakan supaya mereka jumpa baliklah jalan itu,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, aktres drama rantaian Risik Pada Hati itu, Ummi berkata sekiranya tidak bersedia, maka tidak perlu membuat keputusan untuk berhijab.

“Apa yang saya nak cakap, if you’re not ready don’t wear, no. If you’re not ready, not ready. Cuma kalau dah pakai tu don’t make it something normal lah nak buka sebab ramai sebenarnya sekarang, dah macam jadi satu penyakit.

“Tapi Allah sangat menyayangi orang yang masih ingatkan dia. Bila kita lupa, kita pusing balik. Sebab kelebihan kita ini adalah kerana kita ada nafsu.

“Itulah kelebihan manusia kenapa Allah sayang sangat pada kita sebab ada nafsu pun kita masih pulang balik pada Dia,” ujarnya.

@umminazierra

AGREE ✅ #umminazeera #fyp

♬ DUKA SEBALIK TAWA – PUTERI KHAREEZA

Tinjauan di ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi positif netizen yang menyukai cara penyampaian Ummi.

Ramai yang turut bersetuju dengan pendapat yang disampaikan itu sangat mendalam dan bermakna terutamanya pada golongan wanita.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Senyum Lebar!”- Kru Dedah Disebalik Takbir Babak Hayfa Kena Cerai Talak 1… Netizen Puas Hati Lakonan Mantap Ummi Nazeera!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Watak Hayfa Sangat Berat, Saya Faham Perasaannya… ” – Ummi Nazeera Pernah Risau Tak Boleh Hamil Di Awal Perkahwinan

Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Salahkan Hayfa, Adam Atau Aisyah, Patut Marah Diri Korang Sebab…” – Suami Ummi Nazeera Titip Pesanan ‘Padu’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

Ellie Suriaty Hadir Di Mahkamah Beri Sokongan Kepada Najib Razak

Tommy terpaksa membatal sidang medianya namun orang ramai terus menjerit dengan laungan ‘bahasa Melayu’.

Featured Thu, 19 May 2022

Selepas Setahun, Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah & Nama Puteri

Comelnya! Akhirnya Miera Leyana dedah anak perempuannya.

Trending Mon, 2 Apr 2018

Kim Jong Un Adjusts Schedule Just to Watch Red Velvet Perform Live

Kim Jong Un seems to be a fan of Red Velvet.

Featured Fri, 16 Dec 2022

Video Wanita Galak Berjoget Demi Air Percuma, Ini Reaksi Aliff Teega

Personaliti media sosial, Alif Teega memberi teguran kepada individu yang tular di media sosial akibat berjoget demi mendapatkan minuman percuma di Pesta Pulau Pinang. @alifteegamana pergi malu😭 ♬ Calm Humming – Nasheed Menerusi video yang […]

Replicated Draft Mon, 21 Aug 2023

Terharu Pulak Tengok Iklan Merdeka Ni, Terasa Semangat Patriotisme Tu!

Bulan Ogos dah tiba! Beberapa hari lagi, rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66. Mesti banyak aktiviti yang korang dah plan cuti panjang merdeka ni kan? Bukan tu je, yang paling dinantikan adalah iklan-iklan […]

Featured Sat, 20 Nov 2021
Featured Mon, 17 May 2021

Hanya Vaksin Pfizer- BioNTech Sesuai Untuk Ibu Hamil

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar,hanya vaksin Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada ibu mengandung. Beliau memberitahu, vaksin akan diberi pada tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu. Pengesyoran itu katanya adalah berdasarkan […]