Wow! Siapa Sangka Rupanya Raisa Pernah…

Siapa sangka penyanyi jelita Raisa Andriana rupanya pernah menjual ‘jajan’ sewaktu di bangku sekolah dahulu.

Menurut isteri kepada Hamish Daud ini, dia memulakan bisnes menjual jajan dan nasi bakar sejak di sekolah menengah.

“Sewaktu itu harga makanan yang saya jual sama di kantin cuma bezanya saya menghantar sendiri ke kelas. Harganya cuma Rp 1000 sahaja,” katanya menerusi temubual di Narasi Entertainment, baru-baru ini.

Pelantun Kali Kedua ini berkata duit yang diperoleh akan disimpan.

“Wangnya buat saya. Entrepreneur he he he,” kata Raisa.

Akui Raisa, dia meminati bidang perniagaan sejak dari bangku sekolah rendah lagi.

“Saya tertarik menjadi ahli perniagaan sejak menonton sinetron sinetron Keluarga Cemara yang mana salah satu wataknya menjual Opak (keropok).

“Jujurnya saya teringin jual Opak tetapi dihalang oleh keluarga dan mereka bertanya ‘What’s wrong with you’ he he he,” ucapnya.

Tidak berputus asa, Raisa mencuba menjalankan bisnes nasi bakar di kawasan perumahannya.

“Ibu membuat nasi bakar dan beritahu ‘tawari sahaja ke jiran, kan semua kenal,” katanya.

Sementara itu, Raisa memberitahu wang hasil bisnesnya ketika kecil disimpan dan bukan untuk membantu ekonomi keluarga seperti dalam kisah Keluarga Cemara.

“Saya puas hati dapat berbisnes, terasa seperti dalam sinetron itu,” akhirinya ketawa.

SGMS Faida