Categories: HiburanSelebriti

YUNA DAPAT PUJIAN LAGI?

Mana taknya, selain menjadi artis popular baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa, itu bukan menjadi satu penghalang buat Yuna untuk membantu mereka yang memerlukan. Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia. Dan sikap itu harus diberi pujian!

Yuna yang kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat itu tidak keberatan untuk membantu sebuah keluarga yang berasal dari Kedah apabila berhadapan situasi sukar ketika bercuti disana.

Menurut Yuna, kejadian itu bermula apabila rakan baik pada keluarga tersebut yang juga merupakan peminat Yuna, Amirah Saad telah menghantar Direct Message (DM) melalui instagram nya memaklumkan tentang masalah rakannya itu, Tasnim Radzi kerana bapa Tasnim dikhabarkan tiba-tiba rebah dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan. 

Yuna kemudiannya terpanggil untuk menziarahi keluarga itu di hospital dan memuji komuniti masyarakat Malaysia disana yang tidak kedekut untuk menghulurkan bantuan.

“Rasa terharu apabila ada pelajar Malaysia yang menawarkan keluarga ini untuk tinggal di rumah mereka.

“Apa sahaja bentuk bantuan tentunya dihargai, dan saya akan mengemaskini situasi terkini mereka nanti,” tulis Yuna.

Di laman instagram miliknya juga, Yuna telah meninggalkan footer yang meminta agar perkhidmatan Uber dapat membantu keluarga tersebut yang kini berulang-alik ke hospital dengan menggunakan perkhidmatan tersebut.

Penyanyi berdarah manis ini juga tidak ketinggalan meluahkan rasa terharunya terhadap ikatan persahabatan yang ditunjukkan oleh Amirah dan Tasnim.

“Siapa yang akan DM seorang penyanyi untuk meminta bantuan bagi pihak kawannya? Tentunya kawan yang paling baik!”

Malah, dengan tindakan Yuna ini ramai netizen memuji sikap yang telah ditunjukkan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Crush ini kerana menjadi contoh yang baik buat peminatnya. Good Job Yuna!

 

Salma Syahbuddin