Pelakon Zaibo disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Berita ini disampaikan oleh isterinya Siti Hawa Sawal yang memberitahu suaminya menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengahari tadi.

Difahamkan jenazah pelakon berusia 62 tahun ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, selepas Asar.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, tidak menyedari dia menghidap kanser tahap empat Ramadan lalu.

Allahyarham yang popular menerusi watak Pak Selamat dalam sitkom Spanar Jaya, berulang-ali ke Hospital Sungai Buloh sejak beberapa bulan lalu dan turut berubat secara tradisional.

Sebelum ini, Allahyarham mengalami simptom tersedak dan muntah setiap kali makan sebelum doktor mengesahkan menghidap penyakit kanser esofagus (Esophageal Cancer).

Al-Fatihah…

SGMS Faida