Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops July 17, 2018 @ 5:10pm

Hilangkan Sakit Kepala Dengan Teknik Mudah Ini. Berkesan! Tak Perlu Makan Ubat

Memang stres bila sakit kepala melanda, satu kerja pun tak jadi. Tambahan pula sekarang musim panas, lagilah senang sakit kepala ini nak menyerang.

Kalau selalu bergantung pada ubat tahan sakit pun tak bagus juga. Jangan risau kerana anda boleh cuba teknik acupressure ini.

Acupressure merupakan sejenis teknik urutan yang sudah terbukti keberkesanannya oleh beberapa penemuan saintifik. Teknik ini memang sangat mudah dan berkesan.

Berikut merupakan 6 titik utama untuk hilangkan sakit kepala, cubalah!

1. Titik Yintang

Foto: Pinterest

Titik ini terletak di antara kedua-dua kening anda. Urutan pada titik ini juga mampu mengurangkan keletihan mata.

2. Titik Zan Zhu

Titik-titik semetri ini terletak di hujung bahagian dalam kening anda. Dengan mengurut bahagian ini juga boleh menghilangkan masalah hidung berair dan meningkatkan aktiviti visual.

3. Titik Yinxiang

Titik-titik ini terletak di sebelah lubang hidung dan sebaris dengan mata anda. Untuk mencari titik-titik ini, cari lekuk pada tulang pipi anda. Selain mengurangkan sakit kepala, ia juga boleh menghilangkan stres, membuka sinus dan mengurangkan sakit gigi.

4. Titik Tian Zhu

Foto: Pinterest

Titik ini terletak di tengah belakang bahagian kepala, di antara telinga dan permulaan tulang belakang. Dengan mengurut titik-titik ini, ia dapat mengurangkan hidung tersumbat, sakit pada mata dan telinga, sakit kepala yang teruk dan juga migraine.

5. Titik Shuai Gu

Foto: Pinterest

Titik ini terletak 2 hingga 3 sentimeter dari permulaan garis rambut anda. Ia seperti lekuk. Mengurut titik-titik ini dapat menghilangkan sakit di bahagian kepala dan juga hilangkan keletihan mata.

6. Titik He Gu

Titik-titik simetri ini terletak di bahagian belakang tangan anda, di antara ibu jari dengan jari telunjuk. Mengurut kawasan ini boleh mengurangkan sakit belakang, sakit gigi dan tekanan pada otot leher.

Teknik mengurut acupressure:

1. Jika anda sakit kepala, anda perlu duduk dengan selesa dan relaks. Urutan ini hanya mengambil masa yang singkat iaitu dari 30 saat hingga 1 minit sahaja.

2. Urut pada titik dengan tekanan rendah atau dengan pergerakan membulat. Kebiasaannya, rasa sakit kepala akan hilang ketika urutan atau 5 hingga 10 minit selepas urutan dibuat.

Sumber: Iluminasi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 Jul 2018

Kesan Radiasi Telefon Pintar Boleh Buat Remaja Jadi Pelupa

Pendedahan terhadap radiasi daripada telefon pintar selama setahun sudah cukup untuk memberi kesan buruk kepada bahagian otak.

Featured Thu, 19 Mar 2020
familuv Sat, 24 Dec 2022

Selepas Tertusuk Kaca, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Tajul

Tular sebuah video memaparkan isteri kepada penyanyi Tajul Arif, Nurul Shamieza Eddie berkongsi momen ketika suaminya dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan tertusuk kaca. @icaaeddie2Terima kasih semua yg mendoakan 🫶 alhamdulillah suami dah makin stabil, […]

Featured Mon, 11 May 2020
Sihat Tue, 5 Jun 2018

3 Tanda-Tanda Sakit Apendiks Yang Perlu Anda Tahu

Kalau tidak dirawat dengan segara, sakit apendiks ini boleh membahayakan nyawa anda!

Featured Wed, 27 May 2020
Featured Wed, 7 Aug 2019
Sihat Mon, 4 Mar 2019

Katakan tidak pada lemak. Nanti dulu, badan kita perlukan lemak!

Kita perlu bijak kawal pengambilan lemak

error: Content is protected !!