Categories: #LaguXTRA

#LaguXTRA: Suka Lagu Vibes Healing, Ryan Bakery Minat Rap & Luqman Podolski!

Pencipta kandungan, Ryan Bakery berkongsi penyanyi lagu kegemarannya di dalam segmen Lagu XTRA minggu ini.

Menurutnya, dia menyukai lagu yang mempunyai ‘vibes’ menenangkan halwa telinga daripada penyanyi Luqman Podolski.

Selain itu, Ryan juga suka akan lagu genre hip-hop rap antara daripada penyanyi Meerfly, Joe Flizzow, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

“Saya layan lagu-lagu yang ada vibes healing macam lagu Luqman Podolski sebab saya minat dia.

“Saya juga layan lagu rap macam lagu Joe Flizzow, Kimi Kimo, Luca Sickta, Meerfly memang saya layan,” kongsinya.

Disoal tentang lagu baru dan lama menjadi pilihan, dia menyukai kedua-duanya mengikut situasi.

“Pada saya kedua-duanya okay, cuma benda ni ikut zaman. Ada yang kata lagu zaman sekarang tak best, tapi pada pandangan saya, lagu dulu best, lagu sekarang pun best.

“Kalau lagu dulu lebih menangkap jiwa, kalau karaoke memang jadi pilihan. Tapi lagu zaman sekarang pun best juga untuk drive. Kena pelbagaikan lah, kalau lagu tu je mesti bosan juga,” jelasnya.

Maya Basir