Categories: LIFESTYLE

5 Tips Guna Pressure Cooker Untuk Lembutkan Daging

Pressure Cooker antara alatan dapur yang patut ada didalam setiap rumah. Banyak kegunaannya dan mempercepatkan dalam memasak hidangan . Antaranya melembutkan daging.

Ada banyak cara melembutkan daging tanpa menggunakan pressure cooker. Petua yang dikongsikan adalah antara amalan turun-temurun oleh mak-mak kita sehinggalah ke hari ini

MASUKKAN SUDU

Walaupun kedengaran pelik, inilah antara petua melembutkan daging yang paling mudah dan popular.

Cuma letakkan sebatang sudu / garfu ke dalam periuk dan rebus bersama daging. Memang cepat lembut sebab dipercayai sudu ni dapat meningkatkan suhu dalam periuk. Selain guna sudu besi / tembaga, ramai juga menggunakan sudu porselin / kaca.

CUKA

Gunakan sedikit cuka makan ke dalam rebusan atau perap bersama daging beberapa jam sebelum dimasak. Sumber asid dikatakan dapat melembutkan struktur daging dengan cepat.

LEMON / LIMAU NIPIS

Selain cuka, lemon atau limau nipis juga merupakan sumber asid yang boleh membantu melembutkan daging dengan pantas.

Caranya sama, perahkan ke dalam rebusan atau perapkan bersama daging selama beberapa jam / semalaman sebelum dimasak.

BAKING SODA

Selain itu, anda juga boleh menggunakan baking soda untuk melembutkan daging dengan cepat. Caranya, perapkan daging dengan baking soda selama sekurang-kurangnya 15 minit. Kemudian, bilas bersih-bersih sebelum dimasak.

BUAH KURMA

Buah kurma atau bijinya adalah antara bahan yang boleh melembutkan daging. Letakkan 4-5 biji buah kurma ke dalam daging yang sedang dimasak dan daging akan melembut dengan cepat. Ia juga akan menjadi pemanis semulajadi yang enak apabila dimasak.

Bagi yang tak mahu ada rasa kurma dalam masakan, boleh gunakan bijinya saja.

Walaupun zaman moden, petua orang -orang tua boleh lagi diamalkan 

SGMS Enal