Fab Foodies! By: Fatin Nurain March 3, 2024 @ 8:00am

Traders Hotel Kuala Lumpur Sajikan Bufet ‘Santapan Senja’ Sempena Ramadan Ini!

Traders Hotel Kuala Lumpur bakal menyajikan bufet ‘Santapan Senja’ sempena musim Ramadan ini bermula pada, 12 Mac sehingga 9 April 2024.

Santapan Senja juga menyediakan pelbagai hidangan makanan tradisional yang menjadi kegemaran ramai setiap hari di Gobo Chit Chat

“Kebanyakkannya, salah satu perkara yang dinanti-nantikan pada musim ini ialah hidangan biasa yang hanya dimakan ketika musim perayaan.

“Mengambil inspirasi daripada ini, kami ingin sajikan pilihan makanan yang biasa sahaja tetapi yang berperanan peranan dalam mencipta memori ketika anda meraikan ramadan ini bersama rakan dan keluarga anda,” kata Unaver Unabia selaku Pengarah Makanan & Minuman Traders Hotel, Kuala Lumpur.

Lebih menarik lagi, Traders Hotel Kuala Lumpur menawarkan makan malam bufet setiap hari di Gobo Chit Chat serta set makan malam 3 hidangan di Bara On Six berserta kuih raya untuk hadiah perayaan.

Antara menu yang bakal disajikan adalah Ikan Bakar station, Kari Laksa Udang Galah, Kambing Golek, Ayam Penyet, Sup Gearbox, Burung Puyuh Goreng dan Air Kelapa.

Bagi mereka yang lebih suka suasana yang lebih intim, Set Makan Malam Santapan Senja akan menghidangkan salad tempatan dan ikan mackerel ceviche’ sebagai pembuka bersama Ayam Percik dan Rak Lam Berempah dengan Nasi Briyani.

Pengunjung juga boleh menikmati Kek Span Pisang Gebu dengan Aiskrim Gula Melaka sebagai pencuci mulut.

Set Makan Malam Santapan Senja 3-Course ini berharga MYR 88 bersih setiap orang dan boleh didapati dari 12 Mac 2024 hingga 9 April 2024.

Selain itu, Traders turut menyediakan Koleksi Batik yang menyediakan pelbagai jenis kuih raya serta Beg Koleksi Batik Bundle.

Antara kuih raya yang disediakan adalah Tart Nanas, Almond London dan Kuih Kapit, kuih raya ini sesuai untuk rumah terbuka dan hadiah.

Orang ramai boleh mula membuat tempahan Makan Malam Bufet Santapan Senja di Gobo Chit Chat setiap hari dengan harga berikut:-

Harga Biasa:

Hari minggu (Ahad – Khamis)
• MYR 158 bersih setiap dewasa | MYR 79 bersih bagi setiap kanak-kanak Hujung Minggu (Jumaat & Sabtu)
• MYR 178 bersih setiap dewasa | MYR 89 bersih bagi setiap kanak-kanak

Harga Early Bird (bermula dari 19 Februari – 4 Mac 2024):

Hari Minggu (Ahad – Khamis)
• MYR 125 bersih setiap dewasa | MYR 62.50 bersih bagi setiap kanak-kanak Hujung Minggu (Jumaat & Sabtu)
• MYR 145 bersih setiap dewasa | MYR 72.50 bersih bagi setiap kanak-kanak

Bukan itu sahaja, orang ramai boleh mendapatkan Koleksi Bonda di www.tradersklspecials.com dari 12 Mac hingga 9 April 2024

Manakala kuih raya boleh didapati dengan harga dari MYR38 bersih sebotol. Untuk tempahan, hubungi kami di +6011 7039 3409 atau e-mel [email protected].

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 9 Dec 2018

5 Menu Diet Telur Rebus Yang Perlu Anda Cuba

Telur adalah sumber protein dan serat yang sihat.

Kes Mahkamah Fri, 23 Jun 2023
Featured Tue, 28 May 2019

Prestasi pekerja wanita menurun ketika berada di dalam pejabat yang terlalu sejuk – kajian

Minda mereka terbukti lebih produktif jika suhu pejabat lebih tinggi.

Trending Mon, 24 Dec 2018

Perbualan Comel Sajat Dan Orang Tuanya. Ayahnya Bilang Sajat Perempuan!

Sajat memuat naik satu video di laman Instagram yang menampilkan ibu bapanya bagi memberi penjelasan berhubung status jantinanya.

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Trending Sun, 2 Jun 2019

Sempat ‘Rakam’ Fenomena Ribut Petir Ini Di Kota Kinabalu

Cantiknya tapi menakutkan bila tahu ribut petir

Trending Mon, 29 Jul 2019

Siaran Khas Majalah 3 Adat Istiadat Upacara Pertabalan Agong Malam Ini!

Jangan lupa tonton jam 9 malam ini hanya di TV3!