Kahwin 19 Mei, Putera Harry ‘Lamar’ Abang Jadi Pengapit

Putera Harry meminta abangnya, Putera William menjadi pengapit pada hari perkahwinan bersama pasangannya pelakon asal Amerika Syarikat (AS), Meghan Markle, bulan depan, menurut kenyataan Istana Kensington hari ini.

“The Duke of Cambridge berbesar hati untuk memenuhi hasrat dan sangat teruja untuk memberi sokongan kepada adiknya di Gereja St George, Windsor pada 19 Mei depan,” kata Istana Kensington.

Harry pernah menjadi pengapit pada hari bahagia abang bersama isterinya, Kate Middleton pada 2011.

Awal minggu ini, Duke dan Duchess of Cambridge baharu saja meraikan kelahiran anak ketiga mereka.

Sumber: AFP

SGMS Faida