Euwww…Perhatikan Wajah Korang Secara Teliti, Ada Tak BENDA Ni?

Ish…rimas betul! Cuci muka memang on time tapi biji keputihan masih melekat dekat kulit muka. Kenapa ya?

Ladies, ketahuilah pemakanan dan gaya hidup kita juga mempengaruhi tahap kesihatan kulit kita tau. Perhatikan makanan yang korang ambil setiap hari. Lihat kuantiti minyaknya, itu juga salah satu faktor mengapa blackhead atau whitehead ‘menggila’.

Selain itu, penggunaan alat makeup atau skincare yang terlalu berminyak. Ramai yang tidak sedar, alat makeup atau skincare harian mereka sebenarnya terlalu oily, menyebabkan kulit semakin berminyak dan kadang2 minyak dari produk2 yang digunakan terperangkap/tertinggal di dalam kulit, dan seterusnya terbentuklah black head dan white head.

Ketahui BEZA antara Whitehead & Blackhead;

Whitehead adalah pori-pori yang tersumbat di sebabkan lebihan minyak dan sel-sel mati. Ia masih lagi tertutup oleh satu lapisan nipis kulit lagi. Warnanya putih. Ia seakan-akan jerawat tapi masih belum sakit dan merah.

Blackhead pula sama sahaja dengan dengan whitehead cuma bezanya ia dah terbuka. Bila dah terbuka, hujung pori-pori dah teroksida. Itu yang menyebabkan ia jadi hitam. Kita tak boleh picit whitehead dan blackhead ni sebab akan buat kulit luka, dan pori-pori jadi besar.

Punca dua hal di atas terjadi? TIDAK mencuci muka dengan betul, kulit kita terdedah dengak habuk, asap dan macam-macam lagi. Jika kita tidak mencuci dengan baik, ada kemungkinan kekotoran itu akan tersumbat dan terjadinya blackhead. 

SGMS Faida