Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin November 26, 2019 @ 7:44pm

Masalah kesihatan gigi kanak-kanak Malaysia membimbangkan

Oleh Amnan Hibrahim

Dalam satu infografik yang dikeluarkan oleh Colgate dan The Alliance for a Cavity-Free Future (ACFF) menunjukkan tujuh daripada 10 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah gigi reput, manakala secara puratanya lapan daripada 10 gigi susu kanak-kanak yang berusia lima tahun dan ke bawah mengalami gigi berlubang.

Tidak cukup dengan itu, kelompongan kesihatan gigi kanak-kanak di Malaysia dibuktikan lagi dengan fakta yang menunjukkan daripada semua kanak-kanak berumur 12 tahun yang menjalani pemeriksaaan gigi, 99.8 peratus daripadanya memerlukan penjagaan kesihatan.

Gigi reput dan berlubang adalah penyakit gigi yang kerap dialami oleh kanak-kanak di Malaysia. Gambar hiasan/NSTP/EMAIL.

Penyakit yang berkaitan dengan gigi seperti masalah gigi berlubang mahupun gigi reput didapati boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti gangguan tidur yang diakibatkan oleh gejala sakit gigi. Selain itu, kanak-kanak yang menghadapi masalah sakit gigi juga lazimnya akan mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat. Hal ini kerana kanak-kanak yang mengalami sakit gigi akan cenderung untuk menelan makanan yang dimakan berbanding menguyahnya sehingga hancur dengan sempurna kerana mahu meminimumkan kesakitan yang dirasai.

Pengerusi ACFF Malaysia, Prof Dr Rahimah Abdul Kadir, berkata walaupun penyakit gigi bukanlah sejenis penyakit yang terkenal berbanding dengan penyakit lain, namun statistik yang dikeluarkan menunjukkan banyak perkara yang perlu dilakukan khususnya kepada kanak-kanak dalam soal penjagaan serta pencegahan penyakit gigi.

Pengerusi ACFF Malaysia, Prof Dr Rahimah Abdul Kadir. Gambar hiasan/NSTP/NIK HARIFF HASSAN

“Sehubungan dengan itu, usaha untuk meningkatkan kesedaran adalah salah satu cara yang boleh mengurangkan bilangan jumlah individu yang mengalami penyakit gigi di masa hadapan.

“Sudah tiba masanya kita mula menekankan hal itu kepada masyarakat berkenaan dengan langkah yang perlu dilakukan bagi membasmi penyakit ini yang juga dikenali sebagai penyakit kronik yang boleh dicegah,” katanya dalam kenyataan yang diberikan sempena pengenalan infografik yang dikeluarkan itu.

Bagaimana gigi berlubang boleh berlaku

Masalah gigi berlubang berlaku apabila seseorang itu mengambil makanan mahupun minuman yang tinggi gula dan kanji. Dengan amalan penjagaan gigi yang tidak betul dan tidak konsisten, bakteria jahat akan berkumpul bersama-sam dengan makanan dan air liur untuk membentuk plak pada gigi mereka.

Pemeriksaan berkala di klinik gigi  penting bagi kesihatan gigi kanak-kanak. Gambar hiasan/NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Plak gigi adalah tempat di mana bakteria berkumpul. Bakteria berkenaan akan menukarkan makanan bergula yang dimakan kepada asid.

Dalam jangka waktu yang lama, kehadiran asid di bahagian gigi berkenaan akan menyebabkannya kehilangan mineral yang membuatkannya kuat.

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah gigi berlubang

Antara amalan yang perlu dilakukan dalam usaha mengekalkan kesihatan gigi adalah memberus gigi selama dua minit, melakukan flos gigi, gunakan bahan kumuran mulut dua kali sehari, tukar berus gigi setiap tiga bulan dan lakukan pemeriksaan berkala ke klinik gigi.

Bagi kanak-kanak pula, adalah tidak digalakkan untuk tidur sambil menghisap susu. Selain itu, pengetahuan mengenai bahan dan yang digunakan dalam ubat gigi beserta fungsinya juga amat penting dalam membantu seseorang itu membuat pilihan yang tepat untuk membeli produk penjagaan gigi.

Terdapat tiga bahan utama yang perlu ada dalam ubat gigi yang membolehkannya bertindak secara berkesan dalam mengatasi dan melindungi gigi seseorang daripada gejala gigi reput dan gigi berlubang:

-Arginina – Antara tugas arginina adalah menyediakan nutrisi untuk melawan bakteria jahat yang menyebabkan gigi mereput. Selain itu, bahan ini juga berperanan dalam menguatkan bakteria baik yang ada pada di gigi.

-Fluorida – Bahan ini melindungi gigi daripada kehilangan mineral yang mengekalkan kekuatan gigi.

-Kalsium – Kalsium membekalkan mineral utama kepada gigi.

Masalah gigi adalah masalah yang tidak boleh dipandang remeh

Infografik yang dikeluarkan hasil daripada kerjasama syarikat pengeluar produk penjagaan gigi terkenal Colgate dan ACCF menunjukkan betapa rendahnya kesedaran masyarakat berkenaan dengan kepentingan kesihatan gigi dalam kehidupan mereka. 

Kesedaran daripada ibu bapa mengenai kesihatan gigi kanak-kanak adalah sesuatu yang amat penting dalam usaha untuk mengatasi masalah ini. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Malahan, terdapat juga doktor pergigian tempatan yang berkongsi pengalamannya di media sosial berkenaan dengan sikap ibu bapa yang mengambil mudah akan kesihatan gigi anak-anak mereka.

Justeru, sebarang kempen yang berkaitan dengan usaha untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat perlulah dihebahkan. Sebagai contoh, selain daripada mengeluarkan infografik, kerjasama antara Colgate dan ACFF turut merangkumi beberapa aktiviti yang melibatkan sekolah serta beberapa komuniti dengan “Brighter Future With Zero Cavities.”

Kesemua aktiviti yang dijalankan itu diadakan bertujuan untuk menjadikan seluruh kanak-kanak di Malaysia bebas daripada masalah gigi berlubang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kerjasama berkenaan, sila lawati www.facebook.com/ColgateMY.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 27 Dec 2018

Menurut Pakar, Racun Perosak Pada Sayuran & Buah-Buahan Boleh Ganggu Sistem Saraf Manusia

Simptom racun perosak berlebihan dalam badan manusia adalah merasai keresahan, hilang selera makan dan kemurungan.

Sihat Tue, 5 Jun 2018

3 Tanda-Tanda Sakit Apendiks Yang Perlu Anda Tahu

Kalau tidak dirawat dengan segara, sakit apendiks ini boleh membahayakan nyawa anda!

Sihat Thu, 11 Oct 2018

Khasiat Terung Untuk Wanita Hamil Yang Perlu Anda Tahu

Terung boleh meningkatkan sistem daya tahan tubuh.

Sihat Thu, 26 Sep 2019
Sihat Wed, 6 Jun 2018

Perhatikan Perangai Anda Jika Anda Turut Mempunyai Ciri Sakit Jiwa Seperti Jonghyun

Peningkatan kadar kes bunuh diri sekarang ini bukanlah satu perkara yang boleh di ambil ringan lagi.

Sihat Fri, 20 Jul 2018

11 Tanggapan Salah Tentang Kutu Kepala & Info Tepat Yang Anda Perlu Tahu

“Kutu boleh melompat dari kepala ke kepala” Hmm… Betul ke?

Featured Thu, 23 Apr 2020
Featured Sun, 21 Aug 2022

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Alhamdulillah, Datuk Azizulhasni Awang makin pulih

Featured Wed, 31 Oct 2018

Roti Canai & Teh Tarik Penyumbang Terbesar Kepada Kes Obesiti Di Malaysia

Adakah anda peminat sajian ini dan selalu makan dan minum?

error: Content is protected !!