Hiburan By: Del14 January 24, 2020 @ 10:34am

Nelydia Habiskan Wang Simpanan Demi Nelydia Jewels

Pelakon jelita, Nelydia Senrose mengakui teruja kerana minatnya terhadap barang kemas menjadi salah satu punca rezeki apabila dia membuka perniagaan kedai emas yang diberi nama Nelydia Jewels di Plaza Damas 3, Taman Sri Hartamas, Isnin lalu.

Pelakon drama rantaian Lelakimu Yang Dulu ini juga tidak menyangka yang perniagaannya akan mendapat sambutan hangat dari rakan wanita yang menyukai barang kemas dan batu permata termasuklah peminatnya sendiri. 

“Saya tidak menjangka perniagaan emas yang baru saya usahakan ini mendapat sokongan pelbagai pihak serta menyatukan saya dengan peminat dan kawan wanita kerana masing-masing obses dengan barangan kemas. 

“Lagipun, barangan kemas ini juga dekat dengan jiwa setiap wanita.  Ia diibaratkan seperti kawan baik.  Justeru, saya nekad untuk mengusahakan perniagaan ini dan bersyukur mendapat maklum balas dan sambutan luar biasa daripada semua pihak,” katanya kepada Harian Metro. 

Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Binti Nik Sen (25) tidak menafikan terpaksa menghabiskan duit simpanannya yang dikumpul sedikit demi sedikit sepanjang pembabitannya di dalam dunia seni  untuk membuka kedai emas yang dinamakan Nelydia Jewels itu.

Walau bagaimanapun, berkat sokongan penuh dari suami, Hafez Halimi Abdul Hamid, Nelydia gembira dan bersyukur akhirnya impian untuk mengusahakan perniagaan barang kemas tercapai. 

“Tidak dinafikan perniagaan ini memerlukan modal yang besar selain ambil masa yang lama untuk menyimpan serta perlu membuat pelaburan dengan betul. 

“Saya nak perniagaan yang diusahakan berkekalan kerana ini antara bekalan pada masa depan. Saya bersyukur duit simpanan selama beberapa tahu akhirnya membawa saya untuk membuka perniagaan ini selain dibantu dan disokong oleh suami tercinta. 

“Doakan semoga perniagaan ini berjalan lancar.  Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan bakal tampil dengan pelbagai koleksi,” kataya lagi. 

 

 Kami dari team XTRA ingin mengucapkan semoga perniagaan Nelydia Jewels sukses selalu!
Sumber: Harian Metro
Kredit Foto: Instagram @nelydiasenrose 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Sandra Merajuk Bawa Diri Kerana Lagu Tak Laku?

Peminat tidak mahu menerima perubahan yang cuba dibawa Sandra. Namun, dia akan sentiasa berusaha untuk membuktikan kemampuan vokalnya yang sebenar.

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

‘Lepas Kahwin, Saya Asyik Tengok Jam’- Megat Mentor

Mengimbau detik perkenalan, Megat berkenalan dengan isterinya, Nural Bania Bt Bahari pada tahun 2016 di sebuah restoran di Tawau.

Featured Wed, 22 Mar 2023
Events Sat, 10 Sep 2022
Featured Wed, 13 Mar 2024

“Ringan Itu Istirehat, Berat Itu Istiqamah” – Neelofa

MashaaAllah moga perkongsian istiqamah dari Neelofa ni dapat memberi manfaat buat semua❤️❤️❤️

Featured Wed, 3 May 2023

Isu Serang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Beri Kebenaran Tangguh Kes Selama 4 Minggu

Kes ditangguh 4 minggu untuk melengkapkan siasatan ke atas tertuduh

Featured Wed, 27 Apr 2022