Hiburan By: SGMS Faida June 7, 2019 @ 1:30pm

‘Saya Tiada Masalah Dengan Madu’- Adira

Penyanyi Adira Suhaimi mengaku hubungannya dengan madu masih baik dan tiada sengketa antara mereka.

Walaupun begitu, Adira tidak pernah berkunjung ke rumah madu setiap kali Aidilfitri namun ia tidak bermaksud Adira tidak berbaik dengan madunya itu.

“Saya tidak ada masalah dengannya, tetapi saya lebih memilih untuk tidak ambil tahu akan kehidupannya. Sejak berkahwin dengan Datuk Red saya memang tidak pernah berkunjung ke rumah madu apatah lagi pada Aidilfitri.

“Saya tidak mahu ambil tahu atau kacau kehidupannya. Insya-Allah hubungan kami baik-baik saja dan tidak pernah bergaduh,” katanya yang meraikan Aidilfitri di kampung halamannya di Ranau, Sabah.

Adira berkahwin dengan Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak, Anggerik dan Assan. 

 
 
 
View this post on Instagram

selamat hari raya .. #jangantanyaknpasayaxada #maknyexmuatkatdlminigambar #gambarsantekitapos

A post shared by adira.suhaimi (@adira.suhaimi) on

Bercerita mengenai Aidilfitri, Adira berkata, nasi adalah makanan wajib yang perlu ada.

Katanya, dia serik apabila melalui pengalaman pahit berikutan terlalu banyak makan kuih raya.“Setiap kali hari raya, nasi adalah makanan wajib yang saya cari. Cukuplah sekali saya melalui pengalaman sakit perut yang teruk akibat terlalu banyak makan kuih raya.

“Sepanjang hari itu, saya asyik keluar masuk tandas saja sehinggakan tidak dapat ikut keluarga keluar beraya,” katanya.- Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Sep 2023
Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Sheila Rusly Bukan Terer Drama Je…Tapi….

Boleh buat orang nangis lah!

Events Sat, 17 Dec 2022

Bahang Anugerah Ikon Sukan Harian Metro Semakin Hangat, Jom Undi Finalis Kegemaran Anda!

Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro (HM) semakin dirasai, di mana pihak penganjur, Harian Metro mengumumkan finalis untuk lapan (8) kategori utama yang akan bersaing untuk dinobatkan sebagai pemenang utama keseluruhan […]

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Abby Abadi Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pramatang

Alhamdullillah..semuanya selamat.

Events Thu, 8 Aug 2019

Parut Makin Hilang, Ini Perkembangan Terbaru Adik Ainul Mardhiah !

Semoga terus sihat ye adik Ainul Mardhiah sayang!

Hiburan Fri, 10 Aug 2018
Featured Fri, 17 Mar 2023

“Perempuan Tu Masih Kacau!” – Dedah Telah Fail Cerai, Jalaluddin Perjelas Konflik Rumah Tangga Musa Hassan

Abang saya tak pernah abai nafkah isteri dan anak-anak – Jalaluddin Hassan

Hiburan Thu, 6 Oct 2022